HalalXPlorer Logo
10 March 2021

Pelancongan Rentas Negeri PKPP Dibenarkan, Hanya Menggunakan Kenderaan Pelancongan Berdaftar

Kongsikan:
Rentas negeri untuk pelancongan domestik dibenarkan, hanya di negeri PKPP  [METROTV] | Harian Metro

Kerajaan telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari sesebuah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.

Bagaimanapun, kebenaran pergerakan merentas negeri itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan.

Pelancongan rentas negeri PKPP dibenarkan esok

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai Gelembung Pelancongan Bersasar, bagi membantu memulihkan kembali ekonomi pelancongan.

"Selepas mengambil kira penilaian risiko dan data daripada agensi-agensi berkaitan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP lain.

"Namun mereka perlu menggunakan perkhidmatan syarikat berdaftar dan pergerakan menggunakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan," katanya dalam sidang media harian COVID-10 hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=EUltbQtg974&t=2s

Ismail Sabri berkata, syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas negeri.

"Perjalanan mestilah terus ke negeri PKPP dan tidak dibenarkan berhenti di mana-mana negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tempat penginapan sudah ditetapkan dan aktiviti pelancongan juga perlu ditetapkan lebih awal," katanya.

Ismail Sabri berkata, Gelembung Pelancongan Bersasar juga memberikan kebenaran melancong ke Pulau Langkawi yang ditukarkan status kepada PKPP meskipun negeri Kedah masih dilaksanakan PKPB.

Katanya, pulau berkenaan dalam zon hijau, selepas kes positif COVID-19 terakhir yang dikesan pada 20 Februari lalu dengan dua kes positif.

Sumber : Berita Harian

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA