Buat warga Kuala Lumpur, sekali-sekala kalau nak menikmati hidangan lazat sambil boleh OOTD boleh ke tempat yang kami akan cadangkan ini.
Ini adalah Ruma Puteh , sebuah rumah yang terletak berdekatan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya. Kemudian, ianya telah diubahsuai menjadi kafe yang sangat instagrammable !
Kafe ini membawa konsep taman di bahagian luar serta membawa elemen minimalis di bahagian dalam.
Sesuai dengan namanya, kafe ini menggunakan warna putih sebagai warna tema tetapi cukup menarik untuk dipandang.
Kafe ini memang sangat sesuai untuk aktiviti santai & perjumpaan bersama rakan dan keluarga tak kira siang ataupun malam.
Anda boleh mengambil tempat duduk di bawah pohon di bahagian luar dan dikelilingi kehijauan , ataupun tempat duduk di bahagian dalam yang menyediakan penghawa dingin.
Yang pastinya setiap sudut kafe ini sangat cantik dan sesuai dijadikan latar belakang gambar instagram anda.
Untuk menu, mereka menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat. Antara yang wajib dicuba Laksa Bugis (RM19) dan Nasi Kerabu Puteri Saadong (RM22.90)
Alamat : Ruma Puteh, 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad 11AM-3PM & 4PM-9PM (Tutup pada Isnin)
Telefon : 014-714 0993
Instagram