Rupa-rupanya, Shopee bukan sekadar aplikasi bagi membeli barangan biasa tetapi juga satu aplikasi bagi memenuhi selera.
Sebelum ini, ShopeeFood iaitu satu khidmat pesanan & penghantaran makanan atas talian telah diperkenalkan oleh Shopee Indonesia tau.

Kini, nampaknya Shopee sedang bersiap sedia untuk melakukan hal yang sama di Malaysia sekaligus menambah lagi pilihan buat pengguna khidmat pesanan makanan atas talian.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Shopee Pay Malaysia, dapat dilihat bahawa mereka sedang mencari rakan penghantar ShopeeFood di sekitar Lembah Klang.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai rakan penghantar ShopeeFood, antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah:
- Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan Biru)
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai lesen motosikal (Sekurang-kurangnya mempunyai Lesen P dan ke atas)
- Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
- Tiada rekod jenayah lampau PDRM
- Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee
Jika anda memenuhi kriteria tersebut dan berminat untuk menjadi rakan penghantar, anda boleh lengkapkan maklumat dan butir peribadi di sini.

Melihatkan kepada status dan kedudukan Shopee, rasanya ShopeeFood tidak akan mengambil masa yang lama untuk mendapat tempat di kalangan penduduk Malaysia dan bersaing secara sihat dengan pelbagai syarikat pesanan makanan disini.
Apatah lagi, Shopee memang terkenal dengan sikap murah hati memberikan pelbagai baucar dan diskaun. Eh, tak sabarnya !