HalalXPlorer Logo
27 November 2021

Netizen Nasihat Tangguh Dulu Melancong di Cameron Highlands

Kongsikan:

SEJAK kerajaan memberi kebenaran merentas negeri dan pelancongan domestik, kawasan tumpuan pelancongan yang kembali dipenuhi pelancong tempatan.

kebanjiran pelancong di Cameron Highlands

Antara kawasan pelancongan yang mendapat tumpuan orang ramai adalah destinasi terkenal Cameron Highlands.

Image

Bila sebut tanah tinggi, Cameron Highlands pastinya antara lokasi yang menjadi tumpuan namun ada beberapa cerita ‘tidak enak’ dikongsikan dalam laman sosial.

Di Twitter misalnya, ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.

Bukan nak takut kan. Saya kerja kesihatan, start semalam ramai yg baru balik bercuti dari cameron walk in klinik bawak test kit yg positive. And ramai juga yg bergejala balik dr cameron. Crowded sangatt sanaa. Kalau boleh elak, elak lah dulu kot naik sana.

Eniii (@eniAngktJemuran) November 8, 2021

Dia meninggalkan komen tersebut terhadap ciapan selebriti dan Usahawan Digital Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Khairul Aming.

Image

Dalam ciapan tersebut, Khairul Aming bertanya adakah Cameron Highlands hanya ramai pada hujung minggu atau hari biasa juga sedemikian.

Berdasarkan komen balas daripada ciapan tersebut, ramai pengguna menyatakan bahawa lokasi itu kini menjadi tumpuan ramai, sesak walaupun bukan pada hujung minggu.

Bahkan, ada juga yang mencadangkan sekiranya mahu ke lokasi peranginan itu, sebaiknya pergi pada tahun hadapan untuk elak kesesakan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA