HalalXPlorer Logo
115 tips memudahkan pengunjung maha
12 August 2022

15 Tips Untuk Memudahkan Pengunjung MAHA 2022

Kongsikan:

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 4 hingga 14 Ogos 2022 mendapat sambutan menggalakkan.

Dengar cerita, masih ramai belum berkesempatan untuk ke MAHA 2022 dan merancang untuk pergi di saat-saat akhir pada hujung minggu nanti.

Untuk anda yang ingin ke MAHA 2022 nanti, disini ada 15 tips untuk memudahkan anda ! Disediakan oleh sekretariat ataupun penganjur MAHA 2022.

5 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Cara ke Lokasi Pameran MAHA 2022

Pameran MAHA 2022 diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS Serdang). Untuk ke sini, anda boleh saja taip MAEPS Serdang di sistem navigasi anda atau kalau nak lagi senang, boleh terus klik pautan yang kami sediakan ini. Lokasi MAEPS di Googlemaps atau Waze.

5 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh mendapatkan perkhidmatan E-Hailing dari Stesen Putrajaya Sentral ataupun Stesen KTM Komuter Serdang.

Perkhidmatan bas/shuttle percuma juga disediakan dari Putrajaya Sentral dan Stesen KTM Komuter Serdang dengan kekerapan bas adalah setiap 1 jam.

5 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Jika anda lebih selesa memandu kenderaan sendiri sehingga ke MAEPS Serdang, anda boleh mengikut panduan seperti rajah di bawah :

5 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA
5 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA
5 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Sediakan Payung Semasa ke MAHA 2022

Anda sangat digalakkan untuk membawa payung. Sebahagian daripada pameran MAHA 2022 akan diadakan di luar bangunan dan sudah semestinya cahaya matahari akan sedikit mengganggu perjalanan anda nanti.

Untuk mengurangkan kadar pendedahan sinaran UV dalam jangka masa lama, anda digalakkan untuk membawa payung sendiri. Payung ini juga berguna sekiranya hujan turun secara tiba-tiba di kawasan pameran.

Bersesuaian dengan pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Ambil Gambar Lokasi Kenderaan Anda

Kena ingat, tapak MAEPS sangat luas dan mempunyai pintu masuk dan keluar di pelbagai arah. Jadi, pastikan anda mengambil gambar di mana anda letakkan kenderaan supaya mudah jika terlupa dan tersesat.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Bukannya kita minta perkara tersebut berlaku, tetapi bersiap siaga. Tambahan pula, sebanyak 5,000 lot letak kereta disediakan di Laman Tiba 1 manakala sebanyak 3,500 lot letak kereta di Laman Tiba 2. Itu belum termasuk kenderaan yang diletakkan di bahu jalan, atau mana-mana saja kawasan lain. Memang boleh pening ya !

Pilih Pakaian Bersesuaian

Pastikan pakaian anda adalah jenis nipis, atau yang tidak menyerap haba untuk mengurangkan panas. Kalau wanita, elakkan dari memakai kain supaya lebih mudah anda untuk melangkah. Rasanya, tak kurang dari 30,000 langkah anda akan buat di MAEPS nanti.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Pakai Pelitup Muka

Senantiasa memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dari dijangkiti COVID-19.  Jika anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk dan selsema, sila duduk di rumah terlebih dahulu.

Jika anda ke MAHA 2022, berusaha sebaik mungkin untuk menjaga jarak dan tidak bersentuhan dengan pengunjung lain. Ingat, kita masih belum menang dalam menangani wabak COVID-19.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Bawa Cecair Pembasmi Kuman (Sanitizer)

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Pakai Topi

Kami ulang lagi ya, disebabkan pameran MAHA 2022 adalah pameran berunsurkan agrikultur, sebahagian pameran MAHA adalah di luar bangunan yaa. Contohnya seperti laman padi, laman nenas dan lain-lain. Kalau pameran di dalam bangunan pun, anda tetap perlu berjalan di luar untuk bergerak dari satu dewan ke dewan yang lain.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Jadi, kalau boleh bawa topi bersama untuk mengurangkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari, nanti sunburn. Panas Malaysia ni bukan boleh buat main. Tambah pula seminggu dua ni, lain machiamm panas dia !

Bawa Botol Air

Bawa botol air, dan airnya sekali lah ya. Jangan dibawa botolnya saja. Nak buat mende. Boleh isi air sejuk-sejuk. Isotonik ker, minuman tenaga ker, tapi yang bagus dan jimat sebenarnya air mineral saja.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Gunakan Perkhidmatan E-Hailing

Tak perlu penat tekan minyak, tekan brek menghadapi kesesakan. Duduk rehat saja di belakang, biar mereka yang pandu. Haaa, pesanlah perkhidmatan e-hailing.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Manfaatkan Tram Percuma

Jangan berjalan kaki dari tapak letak kenderaan ke kawasan pameran, sebaliknya gunakan perkhidmatan tram percuma yang disediakan.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Perkhidmatan ATM

Jangan risau kalau duit yang anda bawa tidak mencukupi. Selain daripada vendor yang menerima konsep nirtunai (cashlesss), terdapat juga mesin ATM disediakan untuk anda mengeluarkan wang.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Kemudahan Solat

Kemudahan surau disediakan untuk para Muslim Muslimah menunaikan kewajiban kita kepada yang Maha Berkuasa.

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Bantuan Untuk OKU

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

PETA MAHA 2022 UNTUK ANDA SIMPAN DAN RUJUK

15 TIPS MEMUDAHKAN PENGUNJUNG MAHA

Sumber : Akaun Facebook Rasmi MAHA

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA