Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain.
Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang selalunya memang tidak mesra kanak-kanak seperti resort di tempat pelancongan. Kalau di tempat pelancongan itu, memang macam-macam kemudahan ada kerana resort tersebut berorientasikan keluarga.
Tetapi, di Avanté Hotel Bandar Utama ini, antara hotel terbaik untuk penginapan keluarga di Lembah Klang. Sebab disini ada kids club yang luas sangat tau !
Boleh la bawak anak-anak bermain. Tak jadilah mereka kebosanan di dalam bilik. Kan ? Ini tidak, ibu ayah jer seronok staycation tapi anak-anak kebosanan. ?
.Jika anda nak berjalan-jalan, jangan risau sebab pihak hotel Avante menyediakan perkhidmatan 'shuttle' percuma ke pusat membeli-belah utama di sekitar Mutiara Damansara dan Bandar Utama seperti pusat beli-belah terbesar di Malaysia iaitu 1 Utama, The Curve, IKEA Damansara & CurveNX (Lokasi Kidzania).
Kalau nak pergi sendiri pun boleh sebab lokasi hotel ini sangat strategik di Bandar Utama. Sebut sahaja lokasi mana di Lembah Klang yang anda mahu pergi, semuanya dekat sahaja dari sini.
Kalau pengangkutan awam pula, anda boleh sahaja ke MRT Bandar Utama dengan berjalan kaki melalui jejantas yang disediakan. Di bahagian bawah hotel pula ada hub bas. Tak lama lagi, ada stesen LRT 3 pula berdekatan sini.
Bagi kami, salah satu lagi tarikan utama Hotel Avante ini adalah kolam mandi infiniti yang menawarkan pemandangan sungguh indah. Siap boleh nampak bangunan PNB Merdeka 118 dari kejauhan !
Bab dekorasi pula, daripada luar, lobi sampai ke bilik semuanya cantik. Maklumlah, hotel ini baru dibuka secara rasmi pada November 2021. Semuanya memang nice !
Punyalah pelbagai kelebihan yang ada di hotel ini, kami ingatkan harga untuk menginap mahal. Tapi, bila kami semak sendiri seperti tak percaya, boleh dapat harga serendah RM150 untuk satu malam. Fuh, memang lengkap pakej hotel ini menarik + murah ! Memang berbaloi untuk semua fasiliti dan servis yang diterima.
Lokasi
Avante Hotel Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor