Salah satu destinasi percutian yang paling rakyat Malaysia sukai adalah Cameron Highlands. Mana tidaknya, dengan suhu yang agak rendah disini membolehkan kita meluangkan masa di kawasan luar (outdoor) dengan lebih selesa.
Memang seronok lah bergambar sana-sini. Ladang teh, kebun bunga, ladang strawberry, pasar dan macam-macam lagi.
Terbaru, bertambah pula lagi satu spot bergambar di Cameron Highlands ni iaitu buaian gantung ala-ala Bali, Indonesia tu.
Tapi, sini lagi best sebab view ladang teh dan angin sejuk ! Bayangkan duduk di atas buaian yang tinggi di atas bukit tu, sambil ditiup angin segar !
Nak bergambar ni RM5 saja. Kena datang ke Cameron Adventurous ATV & Safari Park dekat Cameron Valley Tea House 3.
Sesuai dengan namanya, sebelum ni sini dah memang ada tarikan ATV & 4X4 Safari. Kalau yang jenis tak minat bergambar tu dan berjiwa lasak memang boleh cuba ATV & 4X4 Safari disini.
Kalau ATV tu kita boleh bawa sendiri kat laluan ladang teh, ikut kelajuan yang kita nak. Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM80.
Nak naik 2 orang pun boleh, tapi gabungan berat badan dua orang mestilah sekitar 100 Kilogram saja tau. Tambah RM10 je untuk naik 2 orang, jadi RM90.
Masa yang diberikan untuk main ATV ini adalah 35 sehingga ke 50 minit bergantung kepada cara anda memandu.
Tapi, paling best 4X4 Safari ni ! Kita duduk saja belakang, biar 'expert' punya driver bawa kita memusing-musing di Ladang Teh. Amaran : Ini bukan leisure ride ya. Namanya pun 'adventurous'. Kena kuatkan semangat ya. Kalau di Dubai ada juga tarikan sebegini tetapi di padang pasir. Cameron Highlands punya version, ladang teh + bukit + jalan selekoh sempit. Kena cuba tau !
Cameron Adventurous ATV & Safari, Cameron Valley Tea House 3, 59, 39000 Tanah Rata, Pahang