Mesti ramai terutamanya warga kota yang teringin sangat untuk bercuti di destinasi desa yang tenang, simple tapi view cantik. Bonus pula kalau ada pool untuk anak-anak main air.
Kami ada jumpa satu kawasan penginapan menarik. Ini adalah Anjung Pool Villa yang terletak di Sekinchan, Selangor.Unit penginapan ini terletak di tepi sawah, di dalam kampung tetapi lengkap dengan private pool. Bestnya !
Nanti boleh bawa keluarga ke sini. Ada 4 unit boleh pilih. Unit paling baru 2 tingkat, berwarna merah, boleh muatkan 6 orang. Unit studio katanya.
Selain itu, ada 2 unit sedia ada, setingkat sahaja tetapi tetap mempunyai kolam renang.
Antara kemudahan dan fasiliti bagi unit penginapan disini adalah balkoni, bilik air dengan shower dan bath tub, kolam renang tertutup dan juga dapur.
Kalau ada rezeki insyaAllah boleh menginap disini. Terbayang petang-petang duduk di balkoni sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa meniup padi yang sedang menghijau. Fuhhh !
Alamat
?Anjung Pool Villa , Jalan Tali air 11 Ban, Sekinchan,Selangor