Salah satu rangkaian 'Convenience Store' paling terkenal di Malaysia adalah rangkaian dari Jepun iaitu Family Mart.
Jenama ini mula bertapak di Malaysia pada 2016 di Bukit Bintang Kuala Lumpur dan semenjak itu jenama ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Sehingga kini Family Mart mempunyai hampir 300 cawangan di serata Malaysia.
Family Mart IOI City Mall 2
Terbaru, Family Mart buka cawangan ke-2 mereka di IOI City Mall. Terletak di Lot LG218, Fasa 2 IOI City Mall / New Wing.
Pengenalan FamiCafé
Menariknya Family Mart terbaru ni sebab hadir dengan konsep kafe iaitu FamiCafé yang menghidangkan makanan dan minuman Kafe eksklusif.
Antara menu yang ada disini adalah seperti Ice Blended, Kek, Roti Bakar, Pastri (Danish, Croissant, Muffin, Donut) di ruang minimalis dan selesa.

Kiosk Layan Diri
Bukan itu sahaja, ditambah dengan Kiosk Layan Diri, anda boleh memesan sendiri dengan cara tanpa tunai.
Lokasi
Lot LG218, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi
10AM - 10PM
Baucar Family Mart
Bila datang ke Family Mart, jangan lupa gunakan baucar untuk memaksimumkan penjimatan anda. Dapatkan baucar Family Mart disini















