Setiap orang ada bermacam gaya 'staycation' bergantung kepada keselesaan masing-masing. Ada yang sukakan hotel mewah, ada yang suka bercamping di hutan, dan ada juga yang suka bermalam di homestay.
Tapi tak ramai lagi mencuba percutian yang menarik dan trending sekarang iaitu glamping. Ianya gabungan daripada perkataan ‘glamour’ dan ‘camping’ menjadi glamping.
Glamping bermaksud aktiviti berkhemah namun menampilkan konsep mewah dan lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti di hotel. Bermakna duduk di dalam khemah tetapi lengkap dengan katil dan tilam empuk, ada kemudahan tandas bersih, lampu, kerusi dan meja malah ada penghawa dingin!
Jadi sesiapa yang berminat untuk bercuti dengan gaya glamping ini berikut kami senaraikan 10 tempat glamping menarik di Malaysia:
1 – A’Moss Farmstay di Brinchang, Pahang
Jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands dengan mencuba sesuatu kelainan, anda boleh menginap di A’MOSS FARMSTAY di Brinchang. Penginapan di sini sangat unik kerana berada di tengah ladang dan penginapannya berkonsepkan khemah berbentuk 'dome'!
Penginapan unik ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas. Dari jauh A’Moss Farmstay ini nampak seperti Igloo di kutub utara. Apabila di waktu pagi pastu diselebungi kabus dan sejuk!
Penginapan di sini turut dilengkapi dengan sebuah bilik mandi peribadi serba lengkap dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.
Namun, unit di sini tidak banyak yang menyebabkan ia terhad. Jadi, untuk pastikan anda dapat menginap disini, anda perlu menempah berbulan lebih awal.
- Alamat: A’Moss Road, Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.
- No Tel: 019-555 0356
- Harga Satu Malam: Sekitar RM200
2 – Tiarasa Escapes di Janda Baik, Pahang
Lokasi glamping di sini memang mewah dan ‘glamour’. Lebih 'glamour' sebabnya kawasan peranginan ini dimiliki oleh selebriti terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina. Sebab itulah namanya 'Tiarasa'.
Penginapannya dihias dan dibina dengan cantik malah luas. Sangat sesuai untuk yang ada keluarga besar. Ada banyak jenis penginapan boleh anda pilih di sini.
Antara aktiviti yang seronok anda boleh lakukan di sini ialah bermain unggun api, menonton pawagam di bawah pancaran bulan, dan juga menunggang ATV. Kolam yang disediakan juga cantik dan nampak seperti kolam semulajadi dengan adanya batu-batu besar.
- Alamat: Jalan Enderong, Sum Sum Ulu, Kampung Janda Baik, Pahang
- Contact: +6012-8877777
- Harga: Bermula RM 990 satu malam
3 – Castra By Colony di Kuala Lumpur
Ini merupakan lokasi glamping paling unik kerana ianya terletak di tengah bandar. Ya di tengah bandar pun boleh glamping! Walaupun harganya agak mahal namun tetap berbaloi kerana anda diberikan kawasan glamping seluas 4,510 kaki persegi.
Fasiliti di sini juga lengkap dengan khemah berpenghawa dingin, TV, tempat duduk teres, taman, set barbeku, outdoor speaker, unlimited wifi, dan banyak lagi. Persis seperti duduk di hotel 5 bintang!
- Alamat: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
- Contact: +6018-2138086
- Harga: RM 2,500 satu malam
4 – Glamz at Genting, Pahang
Nak berglamping seperti di luar negara? Lokasi Glamz di Genting ini sangat sesuai untuk anda kerana penginapannya sangat unik yang direka seperti bentuk ‘dome’ dan agak luas di dalamnya. Hiasan dalamnya juga cantik!
Di sini anda juga boleh menyewa seluruh tempat ni untuk event keluarga atau event company. Pemandangan di atas bukit dengan cuaca yang sejuk memang satu kombinasi yang terbaik jika dapat menginap di sini.
- Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
- Contact: +6012-664 5269
- Harga: Bermula dari RM 250
5 – Umea Glam di Kundasang, Sabah
Rekaan penginapan di Umea Glam ini mengambil inspirasi rekaan igloo di Norway dan ruangan dalaman juga agak besar. Namun hanya 4 orang sahaja yang dibenarkan duduk untuk 1 dome.
Hiasan dalaman sangat cantik, permandangan bukit bukau yang menghijau dan udara segar adalah tawaran yang anda bakal dapat jika menginap di sini. Memang sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu. Barulah romantik!
- Alamat: Jln Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
- Contact: https://umeaglam-kundasang.com/
- Harga: Bermula dari RM 250 satu malam
6 – Glamping@Wetland, Putrajaya
Terletak di Wetland Putrajaya, Presint 13, Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W) adalah salah satu pengalaman perkhemahan glamor terbaik! Dikelilingi oleh pokok-pokok tinggi, GL@W juga menawarkan beberapa pilihan aktiviti dari tempat percutian yang tenang dan santai. Terdapat juga aktiviti lasak, bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak.
GL@W pasti memenuhi keperluan dan pilihan tetamu. Terdapat tiga jenis khemah iaitu “Double Tent”, “Quad Tent” dan “Triple Tent yang dilengkapi dengan katil, penghawa dingin dan kipas untuk keselesaan tetamu. GL@W juga menyediakan 4 hidangan bufet untuk tetamu iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Di GL@W juga, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang hari seperti memanah, melompat di atas trampolin, bermain badminton. Terdapat juga sewa basikal dengan RM 5 setiap 3 jam disediakan untuk tetamu berbasikal di sekitar kawasan Wetland. Bagi aktiviti malam, tetamu boleh menatap langit malam yang indah dan menikmati hiburan malam seperti karaoke, pertunjukan api, unggun api dan juga bufet makan malam barbeku.
- Alamat: Presint 13, 62300 Putrajaya
- Contact: 013-347 8857
- Harga: -
7 – Cabana Retreat di Sabah
Nak rasai glamping di tepi pantai? Anda boleh datang ke Cabana Retreat kerana lokasi glamping ini terletak di tepi pantai. Pasti seronok malam-malam boleh buat unggun api sambil melayan angin laut.
Di sini ada banyak aktiviti lain seperti ATV ride, river cruise, dan lawatan ke pulau terdekat iaitu Pulau Mantanani. Pulau Mantanani ni cantik seperti pulau di Semporna! Lokasi ni memang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ‘romantic getaway’ bersama pasangan.
- Alamat: 89150 Kota Belud, Sabah
- Contact: www.cabanaretreat.com
- Harga: Bermula dari RM 170
8 – Sea Horizon Glamping di Kota Tinggi, Johor
Sesuai dengan namanya, lokasi glamping ini paling luar biasa kerana terletak di tebing bukit yang mengadap laut. Ianya pertama di Malaysia! Walaupun hanya ada 2 unit penginapan sahaja, tapi kemudahan yang disediakan lengkap seperti kemudahan di hotel.
Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini juga menarik antarnya berenang, berkayak, berbasikal dan meneroka laluan yang dinamakan ‘Dinasour Trail’. Memang tak akan bosan kalau duduk di sini!
- Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor
- Contact: +6012-7719200
- Harga: RM 680 satu malam
9 – Dusun Bonda di Batang Kali, Selangor
Lokasi glamping ini sangat lain dari yang lain kerana terletak di dalam dusun buah dan berdekatan dengan sungai Memang sangat sesuai dijadikan lokasi bersama keluarga. Ada juga kolam renang dan anda boleh mandi di air terjun yang berdekatan. Memang seronok jika buat family trip ni!
- Alamat: Lot 2121,Jalan Ulu Tamu, Batang Kali 44300
- Contact: +60126633667
- Harga: Bermula dari RM 350 satu malam
10 - Stellar Golden Hill, Pahang
Tidur di dalam khemah, mungkin biasa. Tapi bagaimana pula jika anda diberi peluang tidur dalam khemah lutsinar yang membuatkan anda tidur dengan pemandangan bintang berkelipan ?
Wah, itulah pengalaman yang ditawarkan di Starlux Dome, Stellar Golden Hill di Cameron Highlands, Pahang.
Disini, anda boleh menginap di khemah lutsinar yang lengkap dengan pelbagai fasiliti. Jangan risau berkenaan privasi atau bahang mentari kerana langsir turut disediakan.