HalalXPlorer Logo
warong tiga lima, port makan suasana klasik 60 an di shah alam !
11 February 2023

Warong Tiga Lima, Port Makan Suasana Klasik 60-an di Shah Alam !

Kongsikan:

Suatu ketika dulu, buku 555 (disebut sebagai tiga lima) memang akan dikaitkan dengan catatan hutang-piutang.

Namun, pada zaman milenial sekarang, segala-galanya direkodkan dalam komputer atau telefon pintar. Nak berhutang pula, orang ramai memilih untuk menggunakan kad kredit.

Warong Tiga Lima, Port Makan Suasana Klasik 60-an di Shah Alam !

Tapi, seorang pengusaha kedai makan tidak mahu memori tersebut terus terpadam. Apa yang dilakukan beliau adalah mengabdikan nama 555 ke atas premis perniagaan yang dinamakan Warung Kopi Tiga Lima yang terletak di Jalan Songkok 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Konsep antik dipilih dengan mendekorasi sejumlah koleksi peribadi seperti gobok makan, pinggan dan mangkuk vintaj.

Warong Tiga Lima, Port Makan Suasana Klasik 60-an di Shah Alam !

Untuk membangkitkan nostalgia zaman 1960-an dan 1970-an, lagu-lagu daripada filem hit Tan Sri P Ramlee dan penyanyi-penyanyi lain diperdengarkan kepada pelanggan.

Tarikan utama Warung Kopi Tiga Lima terletak pada minuman yang dibancuh khas menggunakan gabungan kopi terpilih bagi menghasilkan aroma yang lebih istimewa.

Warong Tiga Lima, Port Makan Suasana Klasik 60-an di Shah Alam !

Mengenai pilihan menu pula, nasi lemak daun pisang menjadi paling diminati ramai lantaran rasa sambal buatan disini cukup rasa pedas, manis dan cukup rasa. Siap disertakan ikan masin bulu ayam ! Ia dikatakan sangat sedap oleh rata-rata pelanggan.

Warong Tiga Lima, Port Makan Suasana Klasik 60-an di Shah Alam !

Sejajar dengan konsep warung era dahulu, menu seperti lempeng, cucur bawang, nasi dagang, roti titab dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional turut disediakan.

Warong Tiga Lima, Port Makan Suasana Klasik 60-an di Shah Alam !

Orang bandar ‘terpesona’ tatkala berkunjung ke premis makanan yang mengetengahkan konsep zaman dahulu.

Sesetengah mereka berpendapat, meskipun hanya satu hingga dua jam meluangkan masa di sana, memori lama ketika kanak-kanak atau remaja dapat diimbau kembali. Bagaimana pula dengan anda ?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA