HalalXPlorer Logo
nak melancong ke luar negara ini persiapan yang perlu anda lakukan
13 February 2023

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Kongsikan:

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara dengan keluarga anda, terutamanya jika terdapat kanak-kanak kecil dan warga tua, anda mungkin risau jika anda pergi tanpa agensi pelancongan. Disini kami kongsikan beberapa tips jika anda melancong bersama keluarga yang mempunyai anak kecil atau keluarga besar dengan warga tua.

1.Visa

Jika anda ingin melancong ke luar negara, periksa visa sebelum memasuki sesebuah negara. Untuk mendapatkan visa terdapat beberapa proses yang harus dilakukan dan proses-proses itu kadang-kadang berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain.

Anda boleh rujuk senarai negara-negara tanpa visa atau 'Visa On Arrival' yang boleh dikunjungi oleh rakyat Malaysia di pautan disini. Kelebihan pergi ke negara tanpa visa ialah kita boleh terus menempah tiket kapal terbang. Tetapi jika perlu ada visa untuk memasuki negara tersebut, Visa harus dipohon terlebih dahulu sebelum membeli tiket kapal terbang. Ini bagi mengelakkan kemungkinan permohonan visa ditolak dan anda akan rugi sekiranya tiket kapal terbang telah ditempah. 

2. Tiket Kapal Terbang

Melancong ke luar negara memerlukan banyak wang untuk dibelanjakan dan kos yang besar ialah tiket kapal terbang. Untuk mendapat tiket murah, anda harus membeli lebih awal dalam tempoh 6 bulan ke setahun.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga bagi kapal terbang seperti Skyscanner, Google Flight, Traveloka, Kayak dan Cheapflights.

3. Pasport

Paspot adalah dokumen yang penting jika anda ingin ke luar negara. Pastikan pasport anda masih lagi sah dan bukan kurang dari 6 bulan dari tarikh anda terbang. Sekarang ni cara memperbaharui paspot terlalu mudah dan boleh dibuat melalui atas talian. Maka tiada lagi alasan untuk anda tidak memperbaharuinya. Berikut kami kongsikan laman web Jabatan Imigresen Malaysia bagi bayaran pasport yang dikenakan.

Jabatan Imigresen Malaysia -Pasport Malaysia Antarabangsa

4. Tempahan Hotel atau Tempat Penginapan

Sama seperti tiket kapal terbang, untuk mendapat hotel atau penginapan murah. Pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan harga yang melambung tinggi jika membeli saat akhir. Terdapat pelbagai aplikasi di laman web yang menawarkan tempahan hotel di luar negara dan juga perbandingan-perbandingan harga yang boleh kita rujuk. Tetapi pastikan jadual perjalanan anda sudah muktamad kerana sekiranya anda ingin menukar sewaktu saat akhir, akan ada bayaran yang dikenakan oleh pihak hotel. Jadi pastikan sewaktu membuat tempahan, hotel atau penginapan yang anda pilih boleh membuat pembatalan sebelum tarikh anda menginap.

5. Mengambil Suntikan Vaksin Dari Tempoh 4 Minggu Hingga 6 Minggu Sebelum Melancong

Adalah penting untuk mendapatkan vaksin sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu sebelum anda melancong. Ini akan memberikan masa vaksin untuk mula bekerja jika tempoh masa lebih awal diberikan, jadi anda dilindungi semasa perjalanan anda nanti. Ia juga akan memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan vaksin yang memerlukan lebih daripada 1 dos. Mendapat vaksin akan membantu memastikan anda selamat dan sihat semasa anda dalam perjalanan. Ia juga akan membantu memastikan anda tidak membawa apa-apa penyakit yang serius kepada keluarga, rakan, dan komuniti anda sebaik anda tiba di negara anda semula. Suntikan vaksin seperti Influenza, Hepatitis A, Hepatitis B, Thyphoid adalah antara suntikan vaksin yang selalu diambil bila melancong ke luar negara. Sesetengah penyakit mudah berjangkit keatas badan seseorang jika vaksin tidak diambil. Vaksin haruslah diambil diantara empat minggu ke enam minggu sebelum melancong.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Vaksin akan bertahan selama setahun di dalam badan kita kemudian jika ada perancangan ke luar negara selepas setahun anda harus mengambilnya semula. Anda juga boleh mengambil suntikan ini di klinik-klinik luar dan tidak semestinya di hospital dan ia lebih menjimatkan.

6. Matawang Asing dan Pengurup Wang (Money Changer) 

Sebelum anda pergi ke luar negara, pastikan anda telah menukar duit ke mata wang negara yang ingin anda lawati. Untuk kadar tukaran wang asing, anda boleh merujuk laman web XE  untuk menyemak tukaran wang semasa. Terdapat banyak pengurup wang (money changer) yang sedia ada di Kuala Lumpur, tetapi sebelum menukar duit tersebut, anda juga boleh membandingkan kadar mata wang dan kadarnya kadang-kadang berbeza dari satu kedai dengan sama lain bergantung kepada lokasi. Pengurup wang kegemaran kami berada di Mid Valley.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Pastikan anda membawa wang yang mencukupi terutama apabila anda membawa keluarga bersama ke luar negara. Terdapat beberapa pengurup wang yang memberi tukaran wang yang tinggi yang terletak di Selangor dan Kuala Lumpur dan untuk mengetahui lebih banyak maklumat sila klik di sini.
 
7. Kad Kredit atau Kad Debit

Sebelum ke luar negara pastikan anda sudah mengaktifkan kad kredit dan kad debit anda bagi pengeluaran di luar negara. Dua kad ini penting untuk anda membuat persediaan walaupun wang tunai sudah mencukupi sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Penggunaan kad kredit sangat mudah tetapi kadang-kadang tukaran wang boleh menjadi lebih mahal. Tetapi ada juga beberapa tempat membeli belah yang memberi lebih diskaun sekiranya anda membeli menggunakan kad kredit.

8. Insuran/Takaful Perjalanan

Mungkin ada yang beranggapan melancong dalam tempoh yang pendek tidak memerlukan insuran tetapi insuran perjalanan amat penting jika ke luar negara. Ish, janganlah sesekali anda ke negara orang tanpa membeli insuran. Bahaya tau, kita tak akan tahu apa yang terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Jangan pula sudah terhantuk baru terngadah. Terdapat pelbagai syarikat menawarkan insuran perjalanan seperti Etiqa Takaful, AXA dan lain-lain.

9. Jadual Itinerari (Itinerary)

Bagi memastikan perjalanan pelancongan berjalan dengan lancar. Keperluan membuat jadual itenerari amat penting melainkan anda pergi dengan agensi pelancongan kerana semuanya mengikut jadual yang disediakan oleh agensi tersebut. Kalau anda pergi sendiri, selain memastikan perjalanan lancar, ada kemungkinan pihak imigresen negara luar juga mahu melihat itinerari perjalanan bagi memastikan anda ke negara mereka bagi tujuan melancong sahaja.

10. Maklum Pada Pihak Kedutaan

Sila emel Kedutaan Malaysia di negara yang ingin anda lawati sebelum anda pergi ke negara tersebut bagi memaklumkan perjalanan anda disana beserta alamat dan nombor untuk mereka hubungi.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Sekiranya ada bencana yang berlaku, pihak kedutaan Malaysia dapat membantu apa yang perlu. Anda juga dinasihati untuk menyimpan nombor kedutaan Malaysia di sana serta harus mengetahui dimanakah lokasinya sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan seperti bencana alam.

11. Bawa International Adapter 

Plug di luar negara kadang-kadang tidak sama voltannya seperti di Malaysia. Pastikan anda membawa international travel adaptor untuk mengelakkan anda tidak boleh mengecas telefon, kamera atau power bank yang anda bawa. 

12. Bawa Ubat-Ubatan

Bawa ubat-ubatan yang perlu terutama untuk anak-anak seperti ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut dan begitu juga untuk yang dewasa. Kos perubatan di sesetengah negara sangat mahal dan kos ke klinik juga berganda dari di Malaysia.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Sekiranya anda mempunyai ubat yang mempunyai perskripsi tertentu dari doktor sila dapatkan dari doktor dan bawanya sekali.

13. Bawa Bekalan Makanan

Jika anda membawa makanan, pastikan makanan tersebut di dalam bekas yang dibenarkan seperti plastik bungkusan yang rapi.

Nak Melancong Ke Luar Negara ? Ini Persiapan Yang Perlu Anda Lakukan !

Anda juga boleh membawa beberapa peralatan untuk makan jika anda tinggal di hotel dan keperluan seperti gunting, cawan dan pinggan juga di bawa. 

14. Sediakan Senarai Semak (Checklist)

Checklist amat penting kerana ia membantu kita untuk membawa keperluan yang sepatutnya sepanjang perjalanan di luar negara. Checklist sangat penting jika berjalan bersama keluarga.

15. Bawa Pakaian Yang Sesuai Mengikut Musim

Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai mengikut musim yang ada di negara tersebut. Jika ke negara 4 musim dan pada musim bunga, luruh dan salji segala persiapan lengkap harus ada seperti winter jacket, longjohn, mufler dan sarung tangan serta kasut khas untuk musim salji perlu di bawa.

16. Peralatan Mencari Kiblat

Sebagai orang Islam, menyediakan peralatan untuk solat merupakan perkara utama yang perlu difikirkan ketika bermusafir. Jika anda ingin mengetahu waktu solat dan kiblat, terdapat beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit seperti Muslim ProIslamic Finder dan Qiblat Finder.

Anda juga boleh menggunakan kompas secara manual.

17. Buat Salinan Dokumen

Ia penting sekiranya telefon pintar yang menyimpan maklumat kehabisan bateri atau hilang sewaktu perjalanan. Macam-macam perkara boleh berlaku. Jadi pastikan salinan-salinan ini juga dibawa. Antara salinan-salinan yang perlu di bawa ialah berikut:

a) Salinan Tempahan Hotel / Tempat Penginapan

b) Salinan Tiket Kapal Terbang

c) Salinan Passport

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dalitah Madin
Dalitah Madin
1 month ago

Tq. Info yg sangat bermanfaat bust saya.

PILIHAN PEMBACA