HalalXPlorer Logo
karnival putrajaya 2022
06 October 2022

Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !

Kongsikan:
Logo Karnival Putrajaya 2022

Karnival Putrajaya adalah merupakan satu acara tahunan yang dikelolakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya (PPj). Bagaimanapun, acara tersebut dihentikan buat 2 tahun pada 2020 dan 2021 disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda tanah air.

Setelah hampir 2 tahun tidak dapat dilaksanakan akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda negara, Karnival Putrajaya kembali diadakan pada Tahun 2022.

Aktiviti Menarik di Karnival Putrajaya 2022

Karnival tersebut dirangka berkonsepkan hiburan bermaklumat atau mass infotainment melalui pelbagai aktiviti antaranya pameran, aktiviti kecergasan, persembahan kebudayaan , jualan am, pelbagai pertandingan dan aktiviti kanak-kanak.

Dianggarkan lebih 45 aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang 3 hari penganjurannya bermula 23 hingga 25 September 2022 dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Antara program seperti Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Jelajah Aspirasi Nasional Malaysia Sihat serta Karnival Perwira Perkasa, Bazar Jualan Usahawan Putrajaya, aktiviti sukan dan riadah seperti senaman pagi, Kayuhan Ceria, Wall Climbing, Larian Ceria Keluarga Malaysia, Pertandingan Fitness, Sukan Rakyat. Aktiviti lain termasuk Tethered Hot Air Balloon, persembahan Maskot Upin Ipin serta Cosplay, segmen satai ilmiah, dekor tanaman, perkhidmatan kaunter agensi kerajaan dan swasta, persembahan kesenian kebudayaan turut diadakan di sepanjang penganjuran.

Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !

Karnival Putrajaya diadakan bertujuan:

  1. Menjadikan karnival sebagai landasan terbaik medium penghubung antara PPj selaku Pihak Berkuasa Tempatan dengan segenap lapisan Warga Putrajaya dalam susana yang santai dan bersahaja.
  2. Menjadikan Karnival sebagai satu wadah terbesar aktiviti masyarakat yang mengumpulkan segenap Komuniti di Putrajaya melalui penyertaan aktif di dalam penganjurannya mahupun sebagai pengunjung bagi meraikannya.
  3. Memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan komuniti melalui penganjuran program dan pengisian aktiviti karnival.
  4. Membantu mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti-aktiviti berunsur riadah dan rekreasi seisi keluarga.
  5. Memberi peluang kepada Komuniti Putrajaya untuk merancakkan sektor ekonomi dan menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti jualan sempena karnival ini

Tarikh, Lokasi & Waktu Karnival Putrajaya

?️ 23 hingga 25 September 2022 (Jumaat - Ahad)
⏰ 7.00 pagi - 10.00 malam
? Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3 Putrajaya

Pelan Tapak Karnival Putrajaya 2022

Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !

Aturcara Aktiviti Karnival Putrajaya 2022

Karnival Putrajaya Kembali Diadakan Selepas 2 Tahun Tergendala. 45 Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung !
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA