Mesti ramai dari kita ada rasa nak cuba berkhemah, menghayati alam sekitar. Tapi takut panas, takut kotor, takut tak selesa kan.
Jangan risau, tak semua tapak perkhemahan macam itu. Contohnya, tapak glamping di Kebun Haus yang terletak di Segamat, Johor ini. Tapak glamping disini pasti akan memberikan anda pengalaman berkhemah 5 bintang.
Servis daripada tuan empunya sangat bagus, fasiliti dan kemudahan sangat baik, siap ada kolam renang peribadi di belakang khemah.
Kalau tak cukup, boleh mandi di kolam renang utama yang lebih besar.
Tandas pun bersih dan selesa untuk digunakan. khemah yang digunakan jenis berkualiti tinggi dan berhawa dingin. Jadi, boleh cakap kat anak & isteri, tak perlu risau panas.
Satu khemah disini boleh muatkan 4 dewasa dan 3 kanak-kanak. Tapi kalau nak selesa janganlah sumbat ramai sangat. Pakej bermalam disertakan sarapan untuk 2 orang. Untuk makanan lain, boleh pesan saja dari Kebun Kafe. Macam-macam menu ada daripada menu lokal sehinggalah menu barat.
Kafe mereka dibuka juga untuk pengunjung luar. Boleh datang ke kafe untuk lepas, chill dan relaks bermula jam 4 petang. Tapi tak dibenarkan masuk ke kawasan glamping untuk menjaga privasi tetamu lain.
Alamat
Kebun Haus Recreational & Cafe, GRQ8+3M, Taman Sulir, 85000 Segamat, Johor