Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 akan diadakan secara hibrid pada 4 hingga 14 Ogos di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) dengan bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’.
Pameran dwitahunan itu kali terakhir diadakan pada 2018 sebelum tergendala akibat pandemik Covid-19 dalam negara.
Maha 2022 dijangka menjana lebih RM250 juta potensi nilai jualan dengan 100,000 pengunjung sehari atau 1.1 juta pengunjung secara fizikal sepanjang 11 hari program diadakan.
Maha 2022 antara lain menyasarkan penyertaan syarikat swasta, agensi kerajaan, institusi kewangan, usahawan tani dan golongan belia serta turut mengetengahkan pameran maya untuk sesi perbincangan, padanan perniagaan dan webinar secara langsung seolah-olah mengunjungi pameran secara fizikal.
Ia juga akan menggunakan pendekatan holistik dengan fokus kepada agroperdagangan, agrobelia, agroteknologi dan promosi hasil pertanian.
Maha 2022 menyediakan 1,500 ruang pameran dan jualan antaranya jualan produk industri makanan dan asas tani seperti anak pokok, bunga, makanan laut dan sayuran segar.
Ini dia 19 sebab anda juga patut untuk hadir memeriahkan pameran MAHA 2022 nanti.
1. Masuk Percuma
2. Lihat Pameran Agro Pelancongan
3. Agro Seni
4. Karnival Kerjaya
5. Agro Lifestyle
6. Agro Food Perikanan
7. Agro Trade
8. Nikmati Hidangan di Food Empire
9. Jamah Buah-Buahan di Fruit Castle
10. Melawat 'Pelbagai Negeri'
11. Riadah Dengan Permainan Tradisional
12. Sertai Pertandingan
13. Cergaskan Diri Dengan MAHA RUN
14. Menyaksikan Demonstrasi
15. Melawat Laman Padi
16. Terpesona Dengan Laman Florikultur
17. Kenali Jentera Pertanian
18. Berinteraksi Dengan Haiwan
19. Melawat Laman Nanas
MAHA 2022 mempunyai tarikan tersendiri kerana ia adalah pameran pertanian terbesar dan berprestij yang akan menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian dengan teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran dan pengeluaran secara efektif serta pelbagai lagi pendekatan yang mampu membantu sektor itu.
Katanya, MAHA 2022 akan memberikan penekanan kepada acara perdagangan dan perniagaan bagi menggalakkan penyertaan syarikat swasta dalam dan luar negara.