Jika anda sudah bosan dengan suasana percutian di hotel-hotel mewah ataupun berkhemah di tapak perkhemahan landai, anda mungkin patut mencuba destinasi 'staycation' yang satu ini.
Ini adalah Gibbon Retreat di Bentong yang menyediakan beberapa unitpenginapan yang unik dan jarang dilihat di Malaysia.
Di sini, bilik penginapan termasuk tempat bersantai dibina di atas pokok! Unik bukan? Anda betul-betul dapat ketenangan disebabkan unit penginapan ini dibina di atas pokok dalam hujan yang jauh dari kawasan penempatan lain.
Disini ada 3 jenis unit penginapan berbeza iaitu :
Treetop Chalet
Treetop Chalet ini memang paling terbaik disebabkan ianya tersorok. Betul-betul sesuai buat yang meminati kehijauan. Unit ini terletak pada ketinggian 10 meter dari tanah. Paling best, kedudukan unit ini memang dah 'ngam' untuk tengok matahari terbit.
Unit ini sesuai untuk 2-4 orang tetamu.
Bukan biasa-biasa, kemudahan air mandian panas dan kotak sauna pun ada di unit ini. Selain itu, fasiliti lain adalah kipas di bahagian dalam dan luar.
Terdapat juga soket elektrik, 2 sinki, kerusi dan meja di bahagian luar, pit BBQ.
Rock Chalet
Unit jenis ini pula dapat muatkan tetamu yang lebih ramai iaitu 5 orang. Kemudahan disini sama seperti di Tree Top Chalet, kecuali kotak sauna.
Bentong View Chalet
Untuk yang jenis menyukai pemandangan pula, kami syorkan unit Bentong View Chalet. Sesuai namanya, unit ini menawarkan pemandangan sebahagian Bandar Bentong !