
Buat warga kota yang inginkan destinasi percutian yang tenang dan dikelilingi kehijauan, mungkin anda fikir bahawa anda perlu memandu jauh ke luar bandaraya.

Tetapi, pada 31 Ogos yang lalu ada satu resort mewah 5 bintang yang dapat dijadikan destinasi percutian umpama santuari buat anda tanpa perlu memandu jauh lagi.

Terletak di Bukit Kiara, sudah pastinya sudah dapat memberi gambaran buat anda semua berkenaan lokasi ini yang penuh dengan kehijauan dan lebih tenang berbanding kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur.

Hotel gaya hidup yang diinspirasikan oleh budaya tempatan ini juga menawarkan pemandangan unik dari kawasan hijau yang terkenal di ibu negara iaitu Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).

Ini adalah M Resort Hotel, sebuah jenama tempatan yang dimiliki dan dioperasikan 100% oleh anak tempatan Malaysia.

Malah, nama M Resort Hotel itu sendiri mengambil inspirasi dari huruf pertama nama Malaysia iaitu 'M'.

Dengan tenaga kerja 250 orang yang berkemahiran dalam bidang hospitaliti, resort terbaru ini menjanjikan pengalaman istimewa buat tetamu yang menginap.
Jenis Bilik M Resort Hotel
M Resort Hotel menawarkan 385 bilik tetamu yang terdiri daripada bilik Standard, Superior, Deluxe dan Suite Eksekutif, setiap ruangan dihasilkan dengan susun atur dan mempunyai fungsi tersendiri.




Fasiliti dan Kemudahan
Ia turut menyediakan kemudahan persidangan dan mesyuarat dengan saiz 5,000 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi canggih dan mampu memuatkan 1,000 tetamu pada satu-satu masa.

Selain itu, M Resort Hotel turut menawarkan kemudahan seperti spa, restoran dan pusat kecergasan yang beroperasi sepanjang hari, bar serta ruang rehat, kolam renang dengan gelongsor air dan Kids' Club.




Sesuai buat golongan elit bandar dan pengembara perniagaan, M Resort Hotel bakal memberikan penginapan 1,001 kenangan dengan rasa masakan menakjubkan serta spa yang menyegarkan.

Jadi, jangan lupa untuk masukkan M Resort Hotel dalam senarai destinasi percutian dalam bandar anda !