Ni antara destinasi paling tenang kalau nak makan di Selangor. Lokasi sangat menarik terletak di satu kawasan dusun. Dikelilingi pohonan dan juga anak sungai.
Bukan itu sahaja, restoran ini pun cantik dengan dekorasi kain batik, menyerlahkan tema restoran ini yang menyajikan makanan melayu dan tradisional.
Sajian yang dihidangkan pula adalah lauk pauk tradisional. Paling kena cuba adalah Ikan Siakap Goreng Crispy. Makan dengan nasi panas-panas, cicah pula dengan 4 jenis sambal berbeza.
Ini adalah T'mor On The Rocks-Batang Kali. Mungkin ada yang risau disebabkan tragedi tanah runtuh menimpa satu kawasan perkhemahan di Batang Kali baru-baru ini.
Bagaimanapun lokasi T'mor On The Rocks-Batang Kali terletak agak jauh dari lokasi kejadian, malah lokasi T'mor On The Rocks-Batang Kali terletak lebih hampir dengan Pekan Batang Kali. Tiada penutupan jalan untuk ke lokasi ini.
Alamat
T'mor On The Rocks, B66 jalan lama genting sungai, 44300, Selangor
Waktu Operasi
11AM - 6PM (Tutup Khamis)
Tempahan
Untuk datang ke restoran ini pada hujung minggu iaitu Sabtu & Ahad anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Manakala anda hanya boleh 'walk-in' pada hari isnin, selasa, rabu & jumaat sahaja. Untuk membuat tempahan boleh klik pautan ini