HalalXPlorer Logo
Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Bermula 1 April, Tiada Kuarantin dan Ujian Saringan
04 April 2022

Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Bermula 1 April, Tiada Kuarantin dan Ujian Saringan

Kongsikan:

Malaysia dan Singapura mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Selari dengan pengumuman itu, pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Bermula 1 April, Tiada Kuarantin dan Ujian Saringan

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media bersama Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat sejajar peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19.

Katanya selain pembukaan semula sempadan negara kepada pengembara antarabangsa bermula 1 April ini, negara turut melakar satu lagi kejayaan penting dalam memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan jiran terdekat, Singapura.

Sempadan Malaysia-Singapura Akan Dibuka Bermula 1 April, Tiada Kuarantin dan Ujian Saringan
Kredit Gambar : Harian Metro

"Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai aspek, dan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua buah negara.

"Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," katanya.

https://www.facebook.com/ismailsabri60/posts/532755284865799

Sementara itu, Hsien Loong, berkata Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang mendalam, mesra dalam pelbagai aspek, dan hubungan antara rakyat yang kukuh.

"Pengumuman hari ini adalah peristiwa penting dalam peralihan kita ke arah kehidupan dengan COVID-19. Ia mencerminkan kerjasama kukuh yang dinikmati sepanjang pandemik ini dan akan membantu kedua-dua negara muncul lebih kuat daripada krisis ini," katanya.

Beda Malaysia-Singapura Saat Negara Lain Khawatir Omicron dari Afrika

Dalam kenyataan sama, kedua-dua pemimpin turut mengakui Malaysia dan Singapura menunjukkan perkembangan memberangsangkan khususnya dalam pelaksanaan program vaksinasi dan pengurusan pandemik COVID-19 bagi penduduk negara masing-masing.

Kedua-dua pemimpin itu sedar kemajuan yang telah dicapai dalam meneruskan perjalanan rentas sempadan melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat.

https://twitter.com/Khairykj/status/1506911617849921536?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1506911617849921536%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2022%2F03%2F938153%2Fsempadan-darat-malaysia-singapura-buka-1-april-tiada-kuarantin-dan
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA