Kalau ada geng/ family besar yang nak hilangkan stress hadap jem di KL tapi tak sempat nak bercuti jauh-jauh, kami ada satu port baik untuk anda !
Hanya 40 minit memandu dari Bandaraya Kuala Lumpur anda dah boleh jumpa 2 villa penginapan yang terletak tersorok di dalam hutan dan berdekatan air terjun !
Inilah dia Serendah River Retreat yang terletak di dalam hutan hujan / ladang buah-buahan seluas kira-kira 5 ekar dengan aliran sungai semula jadi (Sungai Selaru) merentasi kawasan ini.
Untuk ke Serendah River Retreat, anda perlu melalui pinggir bandar di Serendah & 5 minit pemanduan melalui jalan kecil membawa anda ke tempat yang tenang ini, dikelilingi dengan pokok hutan besar, jauh dari hutan konkrit, 40 minit pemanduan dari pusat Kuala Lumpur.
Memang berbaloi, sebab anda boleh mencari ketenangan dari hiruk-pikuk kehidupan bandar kat sini jer, tak perlu pergi terlalu jauh.
Persekitaran semula jadi yang tenang & mendamaikan membolehkan setiap tetamu bersantai, berehat, menghilangkan tekanan & menyegarkan diri.
Terdapat dua rumah di sini, Brickhouse & Woodhouse yang masing-masing mempunyai akses peribadi ke bahagian sungai.
Brickhouse Serendah River Retreat
- 6 bilik tidur dengan kipas & penghawa dingin + bilik mandi bersambung + pancuran mandian air panas
- Memuatkan 16 hingga 30 orang (hanya 1 kumpulan setiap malam)
- Bilik 11 (Maksimum 6 orang)
- Bilik 22 (Maksimum 6 orang)
- Bilik 33 (Maksimum 6 orang)
- Bilik 1 (Maksimum 4 orang)
- Bilik 2 (Maksimum 4 orang)
- Bilik 3 (Maksimum 4 orang)
- Internet Wi-Fi UniFi tersedia
- Tuala (1 setiap pax), Sabun Badan & Syampu disediakan.
- Bilik Serbaguna berhawa dingin yang berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat / Dewan Keluarga di tingkat paling atas untuk mesyuarat / perbincangan / perhimpunan dalaman dengan tandas bersambung.
- TV Pintar 65" dengan slot USB & HDMI untuk menayang bahan.
- BBQ & arang + pemula api, periuk stimbot, dapur gas & peralatan dapur lain disediakan untuk keperluan memasak anda.
Woodhouse Serendah River Retreat
Woodhouse ini pula lebih kecil sedikit daripada brickhouse, memuatkan kira-kira 10 sehingga 18 orang tetamu.
- 4 bilik tidur dengan penghawa dingin + bilik mandi bersambung + pancuran mandian air panas
- Memuatkan 10 hingga 18 orang (hanya 1 kumpulan setiap malam)
- Bilik 1 - Merbau (Max 4 pax)
- Bilik 2 - Chengal (Maksimum 8 orang)
- Bilik 3 - Kempas (Max 2 pax)
- Bilik 4 - Balau (Max 4 pax)
● Internet Wi-Fi UniFi tersedia
● Tuala (1 setiap pax), Sabun Badan & Syampu disediakan.
● TV Pintar 50" Dengan Slot USB & HDMI terletak di Ruang Makan di tingkat bawah
Tempahan
Kalau anda nak menempah atau ada sebarang mahukan maklumat lanjut, boleh semak laman web mereka di sini
Alamat
? Serendah River Retreat, 48200 Serendah, Selangor