HalalXPlorer Logo
taman permainan paling besar di putrajaya kini dibuka ! ini harga tiket kiddytopia ioi city mall ! kiddytopia aeon nilai mid valley south key johor bahru
29 December 2022

Taman Permainan Paling Besar Di Putrajaya Kini Dibuka ! Ini Harga Tiket Kiddytopia IOI City Mall !

Kongsikan:

IOI City Mall 2 dah ada taman permainan tertutup terbaru untuk anak-anak main sambil mak ayah pergi dating dan luangkan masa bersama !

Taman Permainan Paling Besar Di Putrajaya Kini Dibuka ! Ini Harga Tiket Kiddytopia IOI City Mall !

Ini adalah Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya, cawangan ke-3 mereka selepas Kiddytopia Aeon Nilai dan Kiddytopia Mid Valley South Key Johor Bahru.

Waktu cuti sekolah ini waktu terbaik beli jiwa anak-anak. Tempat ni baru sangat dibuka 24 Disember haritu. Jadi semua permainan, fasiliti memang tiptop ! Mainan takde rosak-rosak lagi. Puas bagi anak main. Kita nak bayar pun rasa berbaloi.

Taman Permainan Paling Besar Di Putrajaya Kini Dibuka ! Ini Harga Tiket Kiddytopia IOI City Mall !  Kiddytopia Aeon Nilai Mid Valley South Key Johor Bahru
Kredit : En Marul

Harga Tiket

Pas kemasukan ke Kiddytopia adalah One Day Pass ataupun Pas Sehari bermaksud anak-anak anda boleh keluar & masuk tanpa had dalam masa sehari. Kiranya kalau lapar tengah bermain tu, boleh keluar kejap untuk cari makan. Lepastu boleh masuk balik. No problem !

Taman Permainan Paling Besar Di Putrajaya Kini Dibuka ! Ini Harga Tiket Kiddytopia IOI City Mall !  Kiddytopia Aeon Nilai Mid Valley South Key Johor Bahru

Harga tiket bagi Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya adalah seperti berikut :

  • Hari Minggu / Hari Bekerja
    • 2 Tahun Ke Atas - RM45
    • 2 Tahun Ke Bawah - RM20
  • Hujung Minggu / Cuti Sekolah
    • 2 Tahun Ke Atas - RM55
    • 2 Tahun Ke Bawah - RM25
Taman Permainan Paling Besar Di Putrajaya Kini Dibuka ! Ini Harga Tiket Kiddytopia IOI City Mall !  Kiddytopia Aeon Nilai Mid Valley South Key Johor Bahru

Lokasi

IOI City Mall kan besar, susah nak cari kan. Ha kami bagi tahu siap-siap. Pergi ke East Court bahagian IOI City Mall 2 / Fasa baru / New Wing tu. Dekat Level 2 ada Kiddytopia ni ye. Nombor lot adalah L2-235.

?Kiddytopia , Lot L2-235, Level 2, East Atrium, IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Pssstt

Psstt, selain Kiddytopia ada juga benda baru dibuka yang menarik di IOI City Mall Putrajaya. Family Mart buka cawangan ke-2 mereka di IOI City Mall siap ada Famicafé. Hah, apa dia Famicafé tu ? Jom baca disinI !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA