HalalXPlorer Logo
tatacara ke singapura
04 October 2022

Tatacara Masuk ke Singapura Kemaskini Oktober 2022

Kongsikan:

Semenjak dah reda sikit COVID-19 ni, memang badan gatal-gatal nak berjalan ke luar negara kan. Tapi nak pergi jauh-jauh mungkin masih belum berani dan tak cukup bajet.

Pergi ke negara jiran pun seronok juga kan. Contohnya Singapura. Haa tapi macamana nak masuk ke Singapura di waktu pasca COVID-19 ni. Ada perlu macam-macam dokumen tambahan, kuarantin dan insurans ker ?

Haa disini kami ceritakan keperluan untuk memasuki negara Singapura, kemaskini Oktober 2022.

image 2 51

Keperluan Umum

Bermula 29 Ogos 2022, Singapura umumkan bahawa mereka menerima dan mengalu-alukan kesemua pelancong tanpa mengira status vaksinasi. Haaa, anda vaksin ker tidak vaksin ker boleh sahaja masuk Singapura, namun tatacaranya berbeza.

image 2 50

Pelawat Yang Sudah Lengkap Divaksin

Bagi pelawat yang telah divaksin sepenuhnya ke Singapura, anda tidak perlukan sebarang permohonan kelulusan kemasukan, ujian pra-berlepas, ujian semasa ketibaan dan tiada lagi kuarantin diperlukan sebaik sahaja pelawat memasuki negara Singapura. Anda boleh masuk ke Singapura dengan mudah selepas melengkapkan perkara berikut :

  • Dapatkan bukti vaksinasi
  • Tiket untuk sebarang penerbangan pergi dan pulang dari Singapura
  • Muat turun aplikasi TraceTogether dan daftar profil anda
  • Dalam masa 3 hari sebelum berlepas : Isi Kad Ketibaan SG dan pengisytiharan e-kesihatan secara atas talian melalui e-perkhidmatan rasmi dan percuma di laman web Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) atau melalui aplikasi MyICA Mobile. Kalau guna aplikasi lebih mudah sebab di dalam telefon bimbit. Boleh isi profil siap-siap dan isi sehingga 3 trip perjalanan. Disini nanti anda perlu muat naik sijil pengesahan vaksin anda.
image 2 52

Pelawat Yang Tidak Menerima Vaksin Lengkap

Mulai 29 Ogos, pelawat yang tidak divaksin sepenuhnya tidak lagi perlu menjalani Notis Menginap di Rumah (SHN) selama 7 hari semasa ketibaan atau mengambil ujian SHN Polymerase Chain Reaction (PCR) Ujian. Tetapi anda perlukan :

  • Insurans perjalanan yang melindungi COVID-19, dengan sekurang-kurangnya $30,000 perlindungan perubatan.
  • 2 hari sebelum berlepas: Ambil COVID-19 Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Pantas Antigen (ART) yang ditadbir secara profesional
image 2 53

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA