HalalXPlorer Logo
tips elak hotel berhantu di malaysia
06 July 2023

5 Tips Elak Hotel Berhantu di Malaysia !

Kongsikan:

Percutian atau staycation bersama keluarga adalah satu momen indah yang kita tidak mahu lupakan. Seboleh-bolehnya kita mahukan yang terbaik sewaktu bercuti. Banyak benda kita mahu hindari bagi mengelakkan percutian kita jadi tidak menyoronokkan, salah satunya adalah hotel yang berhantu.

Jadi, ini ada 5 tip untuk mengurangkan peluang dan risiko anda menempah hotel yang berhantu.

Elak Resort Terpencil

image 13

Ada banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Ada resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga yang sebenarnya tapak markas tentera Jepun masa zaman perang dunia.

Kita tahu, makhlus-makhluk halus memang sukakan tempat-tempat terpencil , tak berpenghuni dan hutan rimba. Jadi, kalau boleh elakkanlah tempat-tempat begini.

Apatah lagi, kawasan sunyi sepi di hutan tanpa peneman meningkatkan peluang untuk anda dengar bunyi-bunyi lain. Dahtu, kalau jadi apa-apa nak minta tolong pun susah sebab tak ada orang. Kan ?

Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah

image 1 1

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Hotel-hotel ini memang ramai orang kaya minat. Sebabnya selalunya ia bertaraf 5 bintang dan sebab gaya kolonialnya.

Tapi, umur bilik yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.

Ada banyak hotel-hotel di bangunan bersejarah yang telah ditinggal kosong berpuluh tahun lamanya sebelum dibuka semula. Dalam tempoh masa tersebut, mesti ada yang 'menunggu' kan ?

Bilik Penuh? Cari Saja Hotel Lain

Peluang anda bertemu dengan perkara yang tak elok cukup tinggi kalau anda lakukan perbuatan seperti di bawah :

Datang ke resort tergesa-gesa, tanpa tempahan, semasa hari sudah malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.

Sebab tak tahan dengan mulut anda, akhirnya, selepas dua, tiga minit ketuk keyboard komputer, staff hotel itu kata,

“Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”

Tahniah! anda baru saja tempah tiket vip nak berjumpa dengan perkara buruk di bilik nanti.

Begini. Dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu.

Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap orang jumpa makhluk halus atau lain-lain. Sesetengah bilik, dikosongkan sebab puas cuba dipulihkan dari makhluk halus, tapi tak berjaya.

Jadinya, kalau penyambut tetamu katakan pada hangpa yang bilik penuh, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa  bilik kosong?

Anda susahkan dia. Kini giliran anda disusahkan.

Bilik Pelik? Minta Yang Lain

Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik

Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik ada bau pelik, berselerak, atau lebih sejuk dari biasa.

Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila masuk, anda lihat lantai basah — macam ada orang baru keluar dari bilik air.

Mungkin jugalah housekeeping kurang staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.

Kalau anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau ada daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.

Walaupun apa alasan yang diberi hotel, minta saja bilik lain.

Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

Jaga Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka terpekik terlolong mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang. Kalau tengah mengandung atau baru habis berpantang, jangan tunjuk berani sangat.

Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama kalau  balkoni bilik menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi.

Banyak kes makhluk terbang masuk melalui balkoni 

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut. Dia cerita dalam thread tentang hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.

Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”

(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)

Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun ada makhluk tak diundang. Diharapkan tips-tips ini sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat pilihan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA