HalalXPlorer Logo
airasia x to fly to istanbul dubai london hawaii
29 June 2023

AirAsia X Bakal Lancar Laluan ke Istanbul, London dan Dubai !

Kongsikan:

AirAsia X Bhd merancang untuk menambah penerbangan jarak jauh baharu dari Kuala Lumpur ke London, Dubai dan Istanbul apabila permintaan untuk perjalanan jauh kembali meningkat.

Selain London, Dubai dan Istanbul, AirAsia X turut melancarkan empat laluan baharu ke Jepun dan Hawaii.

Ia termasuk dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai) dan dari Osaka ke Honolulu.

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh Capital A Bhd itu juga sedang meninjau semula rancangannya untuk terbang ke destinasi Asia Tengah pertamanya, Kazakhstan.

Model baharu penerbangan yang strategik, menggabungkan kargo dan penumpang membolehkan AirAsia X menjana keuntungan, yang menjadikan operasi ke laluan jarak jauh lebih berdaya maju dan lebih berpatutan untuk pelanggan.

Penjualan tiket penerbangan London, Dubai dan Istanbul akan dibuka tidak lama lagi memandangkan syarikat penerbangan itu sedang menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa di tiga bandar itu untuk memulakan operasi.

Sementara itu, AirAsia X juga akan mengadakan mesyuarat di bandar terbesar Kazakhstan, Almaty untuk menyambung semula perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan berhubung penerbangan ke Kazakhstan dalam masa terdekat.

Rancangannya adalah untuk menggunakan Almaty sebagai hab untuk syarikat penerbangan itu terbang ke destinasi lain seperti A.S. dan Eropah.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA