HalalXPlorer Logo
aku taubat tak akan jejak dah cameron highland lelaki kongsi pengalaman 'disembelih' peniaga di cameron highlands
26 October 2023

"Aku Taubat Tak Akan Jejak Dah Cameron Highland" - Lelaki Kongsi Pengalaman 'Disembelih' Peniaga di Cameron Highlands

Kongsikan:

Bila bercuti, sememangnya kita dah jangka bahawa wang akan dihabiskan berbeza dengan hari-hari kebiasaan, namun perbelanjaan itu mestilah tetap masuk akal dan bukan kerana kos yang melampau disebabkan sikap peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Baru-baru ini, seorang lelaki menerusi akaun TikTok @pokteh_rajin, meluahkan rasa dan menceritakan pengalamannya yang 'disembelih' oleh peniaga-peniaga di Cameron Highlands sehingga dia menyatakan bahawa dia serik untuk berkunjung lagi ke destinasi berkenaan.

Harga Berbeza Mengikut Hari

“Apa yang aku terkejut, selama dekat dua hari dekat Cameron, kos dekat sana sangat-sangat tinggi. Harga makan dia pun tak sama setiap hari. Aku ada beli roti john, harga dia RM9 hari Jumaat. Hari Sabtu aku pergi beli di kedai yang sama, harga dia RM12. Jadi itu dah satu buat aku terkejut.

https://www.tiktok.com/@pokteh_miskin/video/7292614232472931585?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=mediavariasi.com%2F2023%2F10%2Ftaubat-takmau-jejak-cameron-dah-lepas-ni-lelaki-habis-lebih-rm1400-dalam-masa-2-hari-di-cameron-highlands%2F&referer_video_id=7292614232472931585

“Lepas itu, malam tadi pula aku pergi makan tomyam kat satu kedai tu. Tiga nasi, satu tomyam, satu telur mata lepas kangkong belacan RM85. Fresh orange satu, teh panas satu, teh o limau satu RM80 lebih..aku macam biar betul kos?

“Lagi satu, homestay yang aku duduk.. aku tengok kat TikTok harga dia RM220 satu malam, bila aku sampai dekat sana harga dia RM280 dia cakap hari Jumaat Sabtu harga lain.

Terpaksa Pulang Awal

Aku ingat nak balik esok, Isnin tapi Ahad pagi aku terpaksa gerak, lepas Subuh tadi aku terus gerak dah tak boleh aku.. Jumaat, Sabtu aku habis pergi situ pergi sini RM1,470 aku tak beli apa-apapun. Adalah strawberi sikit tu,” luahnya dengan nada kesal.

Lelaki itu turut menyatakan bahawa kos perbelanjaannya bercuti di Cameron Highlands pada tahun lepas hanya berjumlah RM600 lebih namun kini meningkat naik secara mendadak sehingga mencecah RM1,470 hanya untuk 2 hari.

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut berpesan kepada para peniaga di Cameron Highlands supaya tidak mengambil kesempatan terhadap pengunjung dari luar.

“Memang betul la orang luar datang sana nak ‘buang duit’ (bercuti) tapi bukanlah kesempatan untuk orang-orang Cameron ‘sakau’ duit orang luar. Ikut suka hati korang je letak harga.

"Aku Taubat Tak Akan Jejak Dah Cameron Highland" - Lelaki Kongsi Pengalaman 'Disembelih' Peniaga di Cameron Highlands

“Aku memang ‘taubatlah’ takkan pergi, takkan jejak dah Cameron,” ungkapnya.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA