Industri pelancongan Phuket di Thailand berjaya mengumpul hasil mencecah hampir RM48 bilion sepanjang lapan bulan lalu sekali gus menandakan pemulihan yang ketara daripada kesan buruk COVID-19.
Perkembangan positif itu berlaku selepas terdapat lonjakan jumlah pelancong hingga menyebabkan peningkatan luar biasa sebanyak 40 peratus tahun ke tahun jika dibandingkan dari 2019.
Hampir 80 peratus daripada bilik hotel sudah ditempah untuk musim puncak, terutamanya yang berhampiran pantai."Festival Vegetarian yang sedang berlangsung juga telah menarik sejumlah besar pelancong, dengan kadar penghunian antara 67 hingga 74 peratus di kawasan pelancongan.
Tidak hanya itu, program Phuket Sandbox, skim kuarantin untuk pelancong semasa Covid-19 juga telah meningkatkan jumlah penerbangan terus dari luar negara ke bandar tersebut.