HalalXPlorer Logo
20 tempat menarik di brunei darussalam
20 July 2023

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Kongsikan:

Brunei ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang.

Walaupun negara ini kecil, namun negara ini tetap menyajikan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dilawati disebalik ketenangannya. Ini adalah antara lokasi yang anda boleh lawati apabila mengunjungi negara Brunei Darussalam.

1. Royal Regalia

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : Trip.com

Muzium ini menempatkan koleksi barangan diraja, alat kebesaran diraja dan tradisi Sultan, gambar-gambar lama keluarga diraja, pameran buah tangan dari negara-negara sahabat serta pameran memperingati perayaan jubli perak dan jubli emas pemerintahan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Pengunjung disambut dengan kereta emas yang sama digunakan untuk membawa Sultan melalui jalan-jalan di Bandar Seri Begawan pada perayaan Jubli Perak pada tahun 1992.

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : Brunei Tourism

Masuk ke muzium itu, ada replika takhta sultan, pelbagai mahkota, gaun, senjata dan contoh-contoh penghormatan yang diberikan kepada Sultan. Hadiah kristal, jed, gading, dan perak yang elok, bertujuan untuk mengingatkan para pengunjung kekayaan Sultan.

Tiada bayaran masuk dikenakan bagi melawat muzium ini namun ia ditutup pada hari jumaat dan juga ahad.

2. Kampung Ayer

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : TRVLGuides

Penempatan asal penduduk Bandar Seri Begawan yang telah melalui proses pembangunan dengan infrastruktur moden.

Bagi pengunjung luar, kawasan ini juga diberi jolokan sebagai ' Venice of the East' disebabkan penduduk-penduduk disini yang tinggal di perkampungan atas air.

Bot penumpang boleh disewa di Dermaga Diraja dan jika bernasib baik dapat melihat hidupan liar seperti buaya, monyet proboscis dan burung-burung.

3. Taman Mahkota Jubli Emas

taman mahkota jubilee emas at night Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Taman Mahkota Jubli Emas ialah taman berkeluasan 12 hektar (30 ekar) yang terletak di bahagian berdekatan kuala Sungai Kedayan dengan Sungai Brunei. Taman ini mempunyai persiaran selebar 6 meter (20 kaki) untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, serta sebuah taman bunga dan kawasan lapang hijau untuk aktiviti riadah. Terdapat sebelas pusat akses ke dalam taman: sembilan dari darat dan dua dari sungai melalui jeti.

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : Zulfadli51

Salah satu pusat akses tersebut ialah melalui Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar ‘Ali Saifuddien yang menyeberangi Sungai Kedayan dan menyambung taman dengan kawasan di seberang. Penduduk tempatan yang datang kesini selalunya untuk bersenam sambil santai santai bersama keluarga atau pasangan. Taman ini dekelilingi hijau-hijauan kerana temanya yang mengamalkan eco-park.

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : Zulfadli51

Taman Mahkota Jubli Emas ialah sebuah taman bandar di Bandar Seri Begawan, Brunei. Taman ini dibuka pada 22 Oktober 2017 sempena sambutan jubli emas KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta sebagai Sultan Brunei semasa dan yang ke-29.

Taman ini merupakan hasil dari pengkonsepan Eko-Koridor Sungai Kedayan, sebuah projek untuk menggiatkan semula Sungai Kedayan, yang merangkumi mitigasi banjir, pemulihan alam sekitar dan pembangunan kawasan awam. Projek Eko-Koridor ini ialah sebahagian dari Pelan Induk Pembangunan Bandar Seri Begawan, yang bertujuan untuk ‘penggiatan semula’ Bandar Seri Begawan, khususnya di kawasan Pusat Bandar, dengan pembangunan lanjutan infrastrukur komersil, kediaman dan perkhidmatan.

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Di lokasi ini juga terletaknya 'The Frame Brunei Darussalam', sebuah spot bergambar yang menarik , seolah-olah bingkai gambar besar yang memotretkan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang terletak di belakang.

4. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.

Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. 

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.

Dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi, ditutup untuk lawatan setengah jam sebelum waktu solat fardhu dan setengah selepasnya. Bagi orang Islam boleh saja solat dan terus melawat dalam masjid. Bagi wanita Islam kena tunggu waktu melawat untuk melihat ruang utama solat.

5. Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Sebuah lagi masjid yang menjadi ikon negara Brunei Darussalam yang wajib dilawati. Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah  atau lazim dikenali sebagai "Masjid Emas". Masjid ini dinamakan sempena sultan terkini Brunei, Hassanal Bolkiah. Setiap kubah pada masjid ini diperbuat daripada emas 29 karat. Bersama-sama Masjid Omar Ali Saifuddien, masjid ini berperanan sebagai masjid utama negara. Masjid ini mula dibina pada 1988 di sebuah tapak berukuran 20 ekar di Kiarong. Masjid ini dirasmikan pada 14 Julai 1994 sempena hari keputeraan ke-48 Sultan Brunei.

Waktu lawatan adalah sama seperti Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

6. Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Ogos 1996. Kompleks ini menempatkan pusat beli-belah dan aktiviti komersial di bawah satu bumbung yang terdiri daripada fesyen, kecantikan, aksesori, cenderamata dan isi rumah.

Selain itu, kompleks ini menempatkan pejabat, pusat komunikasi, bank, butik, klinik, medan selera dan restoran. Kemudahan lain termasuk ruang serbaguna, surau dan tempat letak kereta. Kebanyakan penduduk tempatan dan pelancong datang ke kompleks ini kerana ini adalah salah satu pusat membeli-belah terbesar di Bandar dan terletak betul-betul di tengah-tengah semua mercu tanda terkenal Brunei.

Kompleks itu sendiri terletak dengan indah di kawasan strategik antara dua mercu tanda utama Bandar yang terkenal, "Kampong Ayer" dan Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. Ia adalah kurniaan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk rakyat Negara Brunei Darussalam. Hasil daripada kompleks beli-belah yang indah dan tersergam indah ini disalurkan kepada kerja-kerja amal yang dijalankan oleh Yayasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

7. Brunei Energy Hub, Dermaga Diraja

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Brunei Energy Hub Dermaga Diraja mengandungi maklumat mengenai sektor minyak dan gas di Brunei. Muzium ini mempunyai kantin, kedai cenderamata, dek pemerhatian, dan empat dewan pameran iaitu :

Our Past: Footsteps in Time (Masa Lalu Kita: Menjejaki Masa) – Galeri pertama membentangkan perkembangan minyak dan gas di negara Brunei dan cara hidup Brunei sehingga telaga minyak pertama diterokai pada tahun 1899, bersama-sama dengan kesannya terhadap ekonomi negara dan seluruh dunia. Temui asal usul segala-galanya dalam bilik unjuran 180 darjah.


Our Present : The Nation's Aspiration (Masa Kini Kita: Hasrat Negara) – Galeri kedua mempamerkan perniagaan minyak dan gas semasa negara, termasuk rantaian nilai industri dan infrastruktur sokongan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sektor ini dan bagaimana Brunei memenuhi permintaan minyak dan gas dunia melalui dinding dan stesen interaktif.


Our Future: Our Eyes on Tomorrow (Masa Hadapan Kita: Pandangan Masa Hadapan Kita) – Masa depan sektor minyak dan gas Brunei ditonjolkan dalam galeri ketiga. Dengan penggunaan tablet Augmented Reality (AR) dan stesen interaktif yang menghiburkan, pelajari cara teknologi baharu mengubah dunia perniagaan supaya lebih mampan dan mesra alam.

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : Pangalau


Art Gallery (Galeri Seni) – Galeri keempat berfungsi sebagai galeri seni sementara untuk sektor kreatif tempatan mempamerkan karya mereka dalam usaha membantu pertumbuhan industri kreatif di Brunei. Penonton akan dapat melihat hasil ciptaan pelukis tempatan melalui persembahan arca, foto, lukisan, dan karya seni berbingkai dan gantung yang lain.

Baru dibuka pada tahun 2022, muzium dan galeri ini amat sesuai dilawati bersama keluarga dan anak-anak.

8. Hotel Empire

empire brunei hotel exterior Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Resort bertaraf 5 bintang dengan pantai persendirian, golf course, panggung wayang dan pelbagai kemudahan lain. Walaupun tidak menginap di sini, boleh saja datang untuk merasai suasana.

Dikatakan, hotel ini bukan sahaja yang termewah di Brunei, malah antara termewah dan gah di Asia Tenggara !

9. The Mall Gadong

gadong mall brunei Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Kompleks membeli belah paling popular di kalangan rakyat Brunei, menempatkan restoran, food court dan kedai kegemaran ramai. Dibuka pada tahun 2006, ia merupakan antara kompleks membeli-belah terbesar di Brunei Darussalam.

10. Jambatan Sultan Omar Ali Saifuddien, Temburong

sultan haji omar ali saifuddien bridge Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang baru dibuka untuk kegunaan kenderaan luar negara. Rakyat Brunei telah dapat menikmati kemudahan ini sejak sempadan ditutup kerana wabak COVID-19 pada tahun 2020.

Jambatan sepanjang 30 Kilometer dengan kos 1.6 Billion Dollar Brunei ini menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan daerah Temburong. Kalau sudah sampai di pekan Bangar boleh juga melawat tamu yang menjual antaranya udang galah dan wajid, makanan wajib dibeli disini.

11. Jerudong Park

jerudong park Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Taman tema yang yang terdiri dari tiga tema iaitu, Wonder Park, Adventure Park dan Water Park.

Sebagai taman hiburan terbesar di Borneo, Jerudong Park mempunyai pelbagai jenis permainan untuk semua peringkat umur.

Antara tarikan menarik yang terdapat di Jerudong Park adalah ferris wheel yang mana anda dapat melihat kawasan sekitar taman seluas pemandangan, roller coaster yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, bot pedal yang membawa anda mengelilingi sekitar tasik di Jerudong Park, carousel, bumper car, waterpark dan banyak lagi! Ceriakanlah percutian anak-anak anda ke Brunei dengan membawa mereka ke sini.

Tiket masuk boleh dibeli di laman web rasmi dan juga di pintu masuk.

12. Masjid Ash-Shaliheen

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Masjid dengan struktur gaya Maghribi dibuka pada tahun 2012 Kubah Turquoise melengkapkan dinding berwarna batu pasir. Arkitek terkenal Mesir Abdel-Wahed El-Wakil menggabungkan unsur-unsur tradisional Afrika Utara dengan seni kontemporari.

13. Seria Energy Lab

seria energy lab Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Galeri interaktif yang menyeronokkan terutama buat kanak-kanak bagi belajar, meneroka berkenaan industri minyak dan gas di Brunei.

14. Pantai Serasa

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Pantai Serasa merupakan pantai rekreasi yang popular di Brunei. Kawasan pantainya terjaga dan sering dibersihkan sisa sisa laut setiap kali selepas air pasang.

Pantai ini lebih kepada tempat untuk relaks dan mengambil angin tepi pantai. Datang ke sini waktu petang berkelah sambil melihat matahari terbenam juga merupakan satu aktiviti yang agak menarik untuk dilakukan di Brunei.

15. Pasar Malam Gadong

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Merupakan sebuah pasar malam yang menyediakan banyak gerai-gerai makanan samaada buah-buahan, makanan ringan, ikan bakar, seafood atau pun goreng-gorengan yang berat.

Kalau anda mencari tempat makan jalanan yang tulen, menarik dan agak meriah di Brunei, di sinilah destinasi yang patut anda datang.

Pasar Malam Gadong mula dibuka seawal jam 3.00 petang sehingga jam 12.00 malam. Di Pasar Malam ini ada lebih dari 156 vendor yang menjalankan perniagaan di bawah satu bumbung, menjual makanan penjaja, hasil segar, kraf tangan dan pelbagai barangan lain termasuk pakaian.

Antara hidangan tempatan seperti sate (lidi daging barbeku), kuey teow, nasi katok (nasi lemak) dan macam-macam lagi dijual dalam pelbagai variasi. Banyak pilihan makanan dan minuman, lebih menarik, ia umpama pusat jualan setempat bagi penduduk Brunei yang mungkin akan menawarkan harga yang lebih murah dan berbaloi.

16. Istana Nurul Iman

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : TRVLGuides

Istana Nurul Iman merupakan sebuah istana yang sangat besar, malah dikatakan Istana Nurul Iman antara istana terbesar dan termewah di dunia.

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !
Kredit : TRVLGuides

Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m²).Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.

Pada hari kebiasaan, anda hanya boleh melawat sehingga ke pintu pagar utama dan hanya melihat istana dari luar. Bolehlah bergambar.

Namun jika anda berkesempatan, anda boleh datang pada sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri kerana pada waktu ini pihak sultan mengadakan acara rumah terbuka dan junjung ziarah di Istana Nurul Iman dan masa inilah pelawat dibenarkan untuk measuk ke dalam istana. Setiap tahun jumlah pengunjung yang datang melawat istana ini mencecah lebih 100,000.

Setiap kali berlangsungnya rumah terbuka di istana ini, setiap pengunjung semestinya tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Sultan Brunei. Setiap pengunjung juga akan dihidangkan dengan jamuan percuma.

17. Taman Rekreasi Tasek Lama

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak hanya beberapa minit dari pusat Bandar Seri Begawan. Hutan-hutan berada di bahagian kanan bandar dan tasik lamanya pula berada di dalam hutan tersebut.

Taman ini memang popular di kalangan orang setempat untuk melakukan senaman di pagi dan petang hari. Sekiranya anda nak releks-releks dan bersenam sambil menikmati udara segar, di sinilah destinasi yang patut anda kunjungi di Brunei.

Terdapat juga laluan/ trek jogging dan laluan jalan kaki di sini. Tumbuhan juga ditanam di sekitarnya yang membuatkan landskap Taman Rekreasi Tasek Lama lebih mesra alam dan sistematik.

Sekiranya anda lebih gemar eksplorasi, kemaskan peralatan mendaki anda dan pergi ke denai hutan di Sarang Helang (Eagle’s Nest) atau Bukit Markuching. Menara tinjau boleh memberi anda pemandangan indah taman. Pastikan anda singgah di air terjun yang boleh anda nikmati.

18. Tamu Kianggeh

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Tamu Kianggeh adalah sebuah pasar awam di Bandar Seri Begawan. Pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. Pasar ini agak sibuk pada hari Jumaat dan Ahad. Hasil segar biasanya dijual pada harga yang lebih murah daripada supermarket. Untuk melawat ke Tamu Kianggeh, anda perlu berjalan di seberang Sungai Kianggeh di mana anda dapat melihat teksi air yang menurunkan pelanggan di jeti.

Sekiranya bernasib baik, anda boleh menyaksikan persembahan gulingtangan secara langsung, alat muzik kuningan tradisional. Ini adalah sebahagian daripada apa yang membuatkan Tamu Kianggeh unik, pelancong akan dapat melihat unsur-unsur budaya Brunei yang semakin pupus, seperti kraftangan tradisional seperti keranjang tangan, dulang dan pasu.

19. Pusat Kesenian Brunei

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Pusat Latihan Seni dan Kraftangan Brunei adalah pusat kerajaan yang diselaraskan oleh Muzium Brunei. Kebanyakannya wujud untuk menghidupkan semula seni dan kraftangan tukang dan penenun. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan dasar dan program untuk menghidupkan semula seni dan kraftangan yang hampir menghilangkan pengrajin tukang dan penenun wanita. Dengan adanya pusat ini, seni dan kraftangan daripada negara Brunei ini dapat dikekalkan dan diteruskan supaya dapat dilihatkan kepada generasi yang akan datang.

20. Tamu Tutong

Negara Kaya Tetapi Tenang. Ini Dia 20 Lokasi Menarik Untuk Dilawati di Brunei Darussalam !

Kompleks Pasarneka dan ‘Tamu Tutong’ berada di Kampong Serambangun Tutong. Bagi warga tempatan, kompleks ini lebih dikenali sebagai ‘Tamu Tutong.’ Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong ini hanya diadakan pada setiap hari Khamis dan mula dibuka seawal jam lima pagi.

Tamu Tutong ini sentiasa dipenuhi orang ramai. Apa yang menariknya berkunjung ke Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong ini ialah terdapat pelbagai barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar, bunga-bungaan, ikan, ayam dan daging segar yang dijual.

Selain itu, tamu ini juga mempunyai tempat kawasan gerai makan yang boleh dikunjungi orang ramai pada bila-bila masa. Kira-kira seramai 200 lebih pengusaha termasuklah warga emas ikut menjual di Tamu Tutong.

Selain itu, kompleks tersebut juga mempunyai satu tempat bagi ‘Tamu Mingguan Satu Kampung Satu Produk (1K1P)’.Tamu Mingguan 1K1P adalah sebagai inisiatif mempromosikan produk-produk orang kampung dari Daerah Tutong, Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.

Tamu Tutong sering kali menjadi tumpuan lawatan para pelancong di negara ini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA