HalalXPlorer Logo
splashmania gamuda cove atlantis vr
04 February 2023

Canggih Betul SplashMania Gamuda Cove. Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !

Kongsikan:

Splash Mania adalah sebuah taman tema air terbaharu Malaysia yang bakal dibuka di sebuah kawasan perbandaran baharu di daerah Kuala Langat iaitu Bandar Gamuda Cove.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Masturah Afandi (Twitter)
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)

Buat mereka yang belum tahu berkenaan Gamuda Cove, ia terletak berdekatan Dengkil. Cara untuk akses ke kawasan perbandaran ini adalah melalui lebuhraya ELITE. Terdapat susur keluar khas ke Gamuda Cove di Lebuhraya tersebut terletak antara susur keluar KLIA dan susur keluar Putrajaya.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Klook

Taman tema ini berkeluasan 18 ekar dan 70% daripada kawasan taman tema ini adalah kawasan hijau bagi menyesuaikan dengan persekitaran asal dan kawasan sekeliling sekaligus menjadikannya sebagaiĀ taman air bertemakan hutan hujan terbesar di Asia.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Klook

Fuhh, dah jadi taman air bertemakan hutan hujan yang terbesar di Asia ni, takkan sikit saja permainan kan? Mesti banyakkk. Ya, di sini terdapat 39 tarikan utama. 24 daripadanya adalah gelongsor air yang mengujakan dan 15 permainan lain.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Klook
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : mStar Online (Twitter)

Gelongsor Air Atlantis VR

Paling menarik antara kesemua gelongsor air tersebut sudah pastilah satu permainan gelongsor air Atlantis VR. Sesuai namanya, permainan gelongsor air ini diperhebatkan dengan penggunaan teknologi Virtual Reality (VR). Tarikan seumpama ini adalah yang pertama di Malaysia tau !

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !

Kata SplashMania, Atlantis VR memberikan pengalaman yang mengasyikkan berbanding permainan gelongsor air biasa.

Gelongsor besar ini boleh memuatkan pelampung 2-4 orang. Pengunjung mestilah lebih tinggi daripada 120cm untuk menaiki permainan ini manakala berat gabungan kesemua pengunjung mestilah lebih daripada 120kg bagi pelampung 2 orang atau 280kg untuk pelampung 4 orang.

Pengunjung akan diberikan peranti VR dan menikmati pengembaraan secara maya melalui Lost City of Atlantis sejauh 250 Meter.

Bagaimanapun, menurut sumber tarikan gelongsor Atlantis VR ini belum dapat digunakan pada awal pembukaan SplashMania.

Tapi jangan risau sebab masih ada banyak lagi tarikan untuk anda bermain seperti sebuah lagi gelongsor iaitu Shaka Waka sepanjang 78 meter pula mempunyai ciri multimedia dan audio . Ia dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !
Kredit Gambar : Klook

Harga Tiket SplashMania

Sempena pembukaan, Splash Mania mengadakan promosi tiket masuk buat pengunjung awal (early bird) di taman tema yang baharu dibuka ini.

Harga promosi 'Early Bird' yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • RM63 untuk kanak-kanak (bawah 120cm, bawah 90cm Percuma)
  • RM79 untuk dewasa (melebihi 120cm)
  • RM63 untuk warga emas (60 tahun ke atas)
Harga Tiket Masuk ke SplashMania Gamuda Cove  Untuk Dewasa & Kanak-Kanak !  SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik Siap Ada Gelongsor Air dengan VR & LED !

Sangat-sangat berbaloi sebab harga tiket ini juga termasuk dengan gambar digital tanpa had yang anda boleh dapatkan.

Gambar-gambar tersebut akan diambil oleh jurugambar terlatih sepanjang anda bermain di taman tema air tersebut. Memang terbaik ! Tak perlu susah-susah nak bawa telefon bimbit mandi kolam sama, sebab dah ada orang akan tangkapkan gambar kita. Heee !

Harga promosi istimewa Early Bird ini sah dari 26 Januari hingga 31 Mac 2023! Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai taman ini, anda boleh melayari laman web rasmi diĀ sini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA