HalalXPlorer Logo
cara elak jetlag
11 October 2023

Cara Mudah Untuk Elak ‘Jet Lag’ Ketika Penerbangan Jauh

Kongsikan:

‘Jet Lag’ bukanlah lagi perkara asing terutamanya untuk mereka yang menempuh penerbangan yang jauh dan lama dan merentasi zon waktu berbeza. ‘Jet lag’ boleh berlarutan sehingga beberapa hari selepas penerbangan. Jadi kami kongsikan kepada anda tips dari pakar seperti di bawah:

Cara Mudah Untuk Elak ‘Jet Lag’ Ketika Penerbangan Jauh

Tidur Secukupnya Ketika Penerbangan

Gunakan cermin mata hitam atau sleeping mask untuk membuatkan mata mengantuk. Bila otak dapat mengesan keadaan gelap, ia akan menghasilkan metalonin dalam badan anda. Metalonin merupakan perangsang untuk rasa mengantuk. Gunakankan bantal berbentuk C di belakang tengkuk ketika tidur untuk menambahkan keselesaan ketika tidur.

Cara Mudah Untuk Elak ‘Jet Lag’ Ketika Penerbangan Jauh
Kredit Gambar : Travel + Leisure

Pilih Masa Penerbangan Yang Tiba Pada Waktu Siang

Memandangkan sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang kebanyakan masa anda diisi dengan tidur terutamanya untuk penerbangan yang lama, jadi anda disarankan untuk pilih masa penerbangan yang membuatkan anda tiba di destinasi pada waktu siang. Tiba pada waktu siang akan menetapkan semula masa badan anda dengan tempat baru.

Jaga Pemakanan

Bila anda sampai di destinasi, pastikan anda makan seperti biasa untuk anda kekal segar dan badan anda dapat mengadaptasi masa di tempat baru. Bagi peminat kaffein, sesuai untuk anda minum kopi pada waktu pagi.

Cari Syarikat Penerbangan Yang Mempunyai Inisiatif Terhadap ‘Jet Lag’

Cara Mudah Untuk Elak ‘Jet Lag’ Ketika Penerbangan Jauh
Kredit Gambar : Mashable

Untuk pengetahuan, beberapa syarikat penerbangan telah mengambil inisiatif terbaik untuk kurangkan ‘jet lag’ kepada para penumpang. Antaranya Qantas telah pun berkolaborasi dengan University of Sydney untuk mengkaji kesan suhu dan cahaya terhadap penumpang kapal terbang. Manakala Singapore Airlines pula bekerjasama dengan Canyon Ranch Spa dalam menghasilkan senaman yang boleh mengurangkan ‘jet lag’.

Buat Persediaan Awal

Ubah waktu tidur anda, ubah juga pemakanan anda. Ianya boleh membantu kurangkan masalah ‘jet lag’ ini dikemudian hari. Anda boleh gunakan aplikasi Timeshifter untuk membiasakan anda dengan waktu destinasi yang bakal anda pergi nanti. Ini kerana setiap destinasi mempunyai jarak yang berbeza.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA