HalalXPlorer Logo
motac nafi wujud poligami tiket penerbangan umrah Dakwaan Monopoli Tiket Umrah : MOTAC Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Benar
06 February 2023

Dakwaan Monopoli Tiket Umrah : MOTAC Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Benar

Kongsikan:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen agensi pelancongan jika didapati menyalahi peraturan.

MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai isu yang mendakwa ada beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.

Dakwaan Monopoli Tiket Umrah : MOTAC Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Benar

“Saya telah meminta Timbalan Menteri (Khairul Firdaus Akbar Khan) menjalankan siasatan untuk isu ini dengan mengadakan pertemuan bersama ejen-ejen pelancongan. Semalam, beliau baru habis menjalankan siasatan dan saya belum berkesempatan bertemu beliau untuk mendapatkan maklumat lengkap," katanya Menterinya.

Tiong yang ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut esok sekiranya sudah mendapat maklumat lengkap tentang perkara itu sebelum ke Indonesia bagi menghadiri Forum Menteri ASEAN.

“Bila-bila saya dapat semua (maklumat) saya akan umum. Kalau tidak sempat, saya akan umumkan sebaik sahaja balik dari Indonesia pada 7 hari bulan (Februari),” katanya.

Media tempatan melaporkan terdapat beberapa syarikat umrah tempatan yang 'memborong' tiket penerbangan ke Tanah Suci dan didakwa turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 bagi mengaut keuntungan besar.

- Bernama

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA