Jika anda pernah ke Singapura, pasti salah-satu destinasi yang ramai cadangkan untuk anda kunjungi adalah Mustafa Centre.
Mana tidaknya, gedung beli-belah serbaneka tersebut menjual pelbagai barangan pada harga yang sangat-sangat murah. Walaupun perbezaan matawang, rakyat Malaysia pun masih mampu 'enjoy' apabila membeli-belah di sana.
Terbaru, anda mungkin tidak perlu lagi ke Singapura untuk membeli-belah di Mustafa Centre kerana mereka bakal membuka cawangan terbaru di Malaysia !
Mustafa Centre Johor Bahru !
Peruncit popular dari Singapura itu dikhabarkan akan mengambil alih Capital City Mall, Tampoi (Juga dikenali sebagai Capital 21) yang telah ditutup sejak 2020 atas faktor kekangan kewangan.
Pengarah urusan Mustafa Mustaq Ahmad menyatakan bahawa Capital City Mall memenuhi banyak keperluan untuk kedai utama pertama mereka di Malaysia iaitu berdekatan dengan Singapura dan kawasan lantai yang luas.
Capital City Mall yang mula beroperasi pada 2018 itu terdiri dari 11 tingkat dengan keluasan kira-kira 902 ribu kaki persegi .
Mustafa Centre di Capital City Mall dijangka bakal dibuka pada separuh kedua tahun 2023.