Semporna, Sabah adalah salah satu destinasi percutian yang sangat menarik. Mana tidaknya, kejernihan air laut yang belum tercemar dan kaya dengan diversiti hidupan laut membuatkan destinasi ini seolah-olah 'Mini Maldives' di bumi Malaysia.
Tak hairanlah, bila ramai mahu menghabiskan percutian mereka dengan menginap di resort atas air, bagi menikmati pemandangan biru laut yang indah di Semporna.
Buat anda yang mencari resort atas air di Semporna, anda perlu tahu ada satu resort terbaru yang bakal beroperasi di Semporna!
Ini adalah Dayang Resort Semporna, adalah satu resort atas laut yang cukup memukau! Terdapat dua jenis rekaan bilik.
Unit penginapan disini boleh memuatkan minimum 2 tetamu dan maksimum 4 tetamu. Disebabkan keindahan dan ketenangan kawasan ini, sudah pasti resort ini boleh dijadikan sebagai destinasi pilihan buat bulan madu dan percutian romantis bersama yang tersayang.
Tapi, buat golongan bujang boleh menginap disini juga bersama rakan-rakan kerana bilik disini boleh memuatkan sehingga 4 tetamu. Boleh jimat sebab seorang hanya perlu bayar RM350 sahaja per malam.
Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni dengan jaring dan tangga untuk terus turun ke laut, ada elektrik 24 jam dan bilik berhawa dingin.
Bab makan ? Jangan risau sebab dengan harga yang anda bayar, ia sudah termasuk pakej sarapan pagi, minum petang dan juga makan malam.
Ada beberapa aktiviti air menarik yang boleh dilakukan sepanjang anda menginap di Dayang Resort seperti aktiviti snorkelling , berkayak dan juga berenang.
Jadi, apa lagi ? Dah boleh masukkan Dayang Resort dalam lokasi idaman anda !