Hobi memandu dengan laju tetapi dalam cara yang selamat, adalah hobi ramai orang terutamanya golongan 30-an. Maklumlah, dengan pemanduan begini dapat melepaskan tekanan yang ramai alami.
Tapi itulah, bila dah semakin dewasa, dah mempunyai anak, mungkin hobi ini sedikit terhalang. Nak pergi go-kart, nak tinggal anak kat mana pula kan ?
Haa, tapi jangan risau lagi ! Selalu mak ayah je seronok-seronok main go-kart, tinggal anak kat tepi. Tapi kat sini, boleh bawa anak join jadi penumpang. Haa, baru anak-anak tau skill mak ayah bawa macamana kan !
Ini adalah Lalaspeed E-Kart Raceway, kenderaan go-kart dijana oleh Elektrik Terletak di bahagian aras bumbung kompleks membeli belah LaLaport Bukit Bintang City Centre , pastinya memberikan anda pengalaman memandu dengan pemandangan indah pencakar langit Kuala Lumpur.
Lokasi
Alamat: Tingkat 5 (L5-AP01b) Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre, No 2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi
Isnin – Jumaat: 11:30 pagi – 10:00 malam
Sabtu & Ahad: 11:00 pagi – 10:00 malam
Harga Bayaran
Novice (7 – 15 Tahun) | RM58 |
Race (16 years Tahun ke Atas ) | RM68 |