Tengah cari port healing bersama anak-anak? Ni ada satu port area berdekatan Nilai.
Kawasan ni dalam kampung. Boleh search guna waze ‘Butik Roti Maria’. Pizza-pizza dan roti-roti disini sedap mengalahkan jenama terkemuka. Pemilik dan pekerja semuanya muslim. Nampak bersih dan hidangan lain pun agak menarik.
Menariknya, lokasinya di dalam kampung. Sambil makan, boleh layan dan tengok anak-anak main air sungai. Tidak perlu risau sebab air sungainya jernih dan cetek. Best anak-anak dapat rasa suasana desa dan main air sungai.
Lokasi
Butik Roti Maria , Lot 2861, Kampung Sungai Mahang, 71700 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
11AM-6:30PM (Tutup Isnin & Selasa)
Status
Dimiliki Muslim