Zaman sekarang, lebih ramai mencari unit penginapan berkonsepkan homestay disebabkan kawasannya luas, harganya yang murah dan fasiliti pula dah setanding dengan hotel. Punya banyak homestay mempunyai kolam renang dan pelbagai keistimewaan lain.
Tapi, ada satu homestay di Melaka melangkah lebih jauh lagi apabila mereka menyediakan lebih banyak tarikan untuk golongan kanak-kanak !
Ini adalah Cozy De Rio Private Pool Villa yang terletak di Durian Tunggal, Melaka. Setakat ni memang ni lah juara homestay paling best untuk budak-budak. Bukan takat ada kolam renang, tapi siap sediakan 'equipment' untuk budak-budak mandi ! Senang tak payah bawa dari rumah.
Lepastu, dalam bilik ada banyak sangat permainan untuk tingkatkan kemahiran motor anak-anak terutamanya yang masih kecil.
Kat luar, ada pula mini playground. Memang seronok main macam ini, sihatkan fizikal.
Budak besar sikit, boleh main PS4. Ada FIFA, Golf, Minecraft, Monopoly, sonic dan macam-macam.
Kolam renang boleh mandi sampai malam. Malam ada lampu boleh tukar warna, siap boleh buat lampu disco.
BBQ pit pun ada untuk dewasa makan-makan.
Lokasi
Cozy De Rio Private Pool Villa Melaka, 2, Jalan DI 20, 76100 Durian Tunggal, Melaka
Harga
Harga untuk menginap bermula serendah RM799 bagi hari bekerja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini