HalalXPlorer Logo
Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah ketahui perbezaan visa umrah dan visa pelancong beza visa pelancong dan visa umrah Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya Rancang Mengerjakan Umrah ? Ketahui Perbezaan Antara Visa Umrah dan Visa Pelancong Dahulu ! syarat dan tatacara permohonan visa umrah
09 February 2023

Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah

Kongsikan:

Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara - United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia - wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari.

"Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah", kata kementerian itu.

Aplikasi baharu itu merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.

Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal. – BERNAMA

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA