Laaa, kesian kat kami dan yang lain-lain. Tak tau rupa-rupanya ada tempat mandi murah dekat Pusat Sains Negara. Susah-susah bawa pergi kolam renang hotel dan taman tema air mahal-mahal.
Ingatkan Pusat Sains Negara ni dalam bangunan Hijau tu je, rupanya kawasan halaman luar yang dinamakan zon pameran outdoor ini pun banyak sangat tempat aktiviti.
Paling menarik ada kawasan bermain air dinamakan Water Plaza.
Water Plaza ialah sebuah kawasan rekreasi yang menempatkan beberapa bahan pameran berunsurkan air yang mengajak pengunjung memahami konsep fizik seperti tekanan permukaan dan tenaga kinetik.
Percuma saja kalau anda dah beli tiket Pusat Sains Negara. Manfaat untuk anak belajar sambil bermain.
Selain daripada itu, zon pameran outdoor ni ada juga :
Taman Herba : Taman ini menempatkan pelbagai spesis tumbuhan herba dan rempah yang mempunyai nilai perubatan dan komersial
Zon Interaktif : Beberapa bahan pameran gergasi dan peralatan senaman yang menepati ciri-ciri perkembangan fizikal serta psikologi manusia yang gemarkan sesuatu peralatan berbentuk permainan tetapi mempunyai konsep sains yang tersirat.
Pocket Garden : Hiasan landskap berteraskan sains
Focal Point : Hiasan landskap berteraskan sains
Garden of Nature : Taman ini menawarkan pendekatan pembelajaran biologi dan biodiversiti dalam ekosistem tropika. Pemilihan bahan pameran, flora dan fauna yang ditempatkan di kawasan ini adalah sealiran dengan program pendidikan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran tertentu terutamanya pelajar sekolah dan keluarga
Taman Prasejarah : Taman ini membawa anda ke zaman prasejarah melalui beberapa replika dinosaur yang hidup pada zaman tersebut seperti T-rex dan Triceratops
Laluan Interaktif : Laluan interaktif ini merupakan salah satu laluan alternatif kepada pengunjung yang gemarkan cabaran.
Ish, rugi la kalau ibu-bapa tak tau spot ni sebab harga sebenarnya dah termasuk semua tarikan tu sekali . Sebelum ni melawat Pusat Sains Negara separuh hari saja, lepasni kena pergi seharian hehe.
Lokasi
Pusat Sains Negara, Persiaran Bukit Kiara, 50662, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Harga Tiket Pusat Sains Negara
- Dewasa (13-54 tahun) : RM 6.00
- Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 3.00