Kalau anda cafe hopping, bolehlah masukkan Kokalamo Kafe ke dalam next visit list.
Kokalamo adalah perkataan dalam dialek Negeri Sembilan yang bermaksud kekal lama. Koka = Kekal, Lamo = Lama.
Suasana luar cafe sangat menarik. Ada pilihan tempat duduk dan meja. Boleh duduk dekat dalam atau luar. Nak feeling kat kampung, boleh duduk kat luar bawah pokok.
Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok baju terpakai, orang muda sekarang sebut 'thrifted clothes' jugak. Cantik-cantik and harga pun murah.
Alamat
- Kokalamo Kafe , Kokalamo.Kafe, Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
- Selasa- Jumaat (4pm - 12 am)
- Sabtu & Ahad (2pm - 12am)