Salah satu bangunan yang dah wujud lama di Kuantan, iaitu Hock Bee Bros Building telah diberi nafas baru apabila sebuah kafe Ms Elliot at Hock Bee dibuka di tingkat bawah.
Walaupun kafe ini masih lagi baru, namun dekorasinya masih mengekalkan elemen-elemen asal bangunan yang cukup ikonik dan sinonim bagi warga Kuantan.
Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi apabila ke Kuantan adalah kafe ini. Mengagumi keunikan seni bina dan reka bentuk dalaman serta menikmati hidangan-hidangan yang cukup lazat !
Lokasi
Ms Elliot at Hock Bee , 10, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi
Buka Setiap Hari Kecuali Rabu, Bermula Jam 10 Pagi Hingga 11 Malam
Status Halal
Mesra Muslim