HalalXPlorer Logo
china anus test covid 19 guna calitan dubur kesan covid 19
05 November 2023

Kehidupan Dijangka Kembali Normal Hanya Selepas 7 Tahun

Kongsikan:

COVID-19 telah pun merebak ke serata dunia lebih setahun yang lalu iaitu bermula dari tahun akhir 2019 sehinggalah sekarang.

Sejak daripada itu, pelbagai usaha dibuat antaranya memperkenalkan pelbagai Standard of Operation Procedure (SOP) bagi memutuskan rantaian wabak ini dikalangan komuniti. Selain itu, industri perubatan bertungkus lumus membuat kajian bagi menghasilkan vaksin.

Vaksin yang dihasilkan telah mula dilancarkan di lebih 67 negara dan lebih 4.5 juta suntikan dos vaksin pada setiap hari yang menyaksikan lebih 119 juta dos suntikan telah diberikan sehingga awal Februari 2021 berdasarkan pangkalan data terbesar Covid-19.

Persoalan kini timbul tentang bilakah waktu sebenar ancaman Covid-19 akan berakhir setelah kewujudan vaksin ini?

Analisa dibuat dimana berdasarkan kadar program vaksinasi meramalkan pandemik tersebut akan berlarutan untuk tempoh tujuh tahun lagi sebelum mencapai sasaran imuniti kelompok.

Selain itu, ia juga bergantung kepada keberkesanan vaksin sedia ada untuk mencegah virus bermutasi yang dikesan di Afrika Selatan, Brazil dan United Kingdom (UK).

Manakala, Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci menganggarkan kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi itu meliputi 70 hingga 85 peratus populasi dunia.

Amerika Syarikat yang berada di tangga keenam untuk kadar kecepatan program vaksinasi, ia meramalkan negara itu dapat mencapai tahap imuniti kelompok menjelang Tahun Baharu 2022.

“Hampir 130 negara dengan 2.5 bilion penduduk masih belum diberikan suntikan dos pertama,” ujarnya.

Berikutan itu, gesaan kepada penghasil vaksin oleh Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus supaya meningkatkan pengeluaran berikutan jumlah individu yang diberikan dos suntikan vaksin sudah mengatasi angka jangkitan global dan lebih tiga perempat daripada dos vaksin itu diedarkan ke 10 negara kaya.

Setakat ini, terdapat 10 vaksin berbeza termasuk dihasilkan Moderna dan Pfizer-BioNTech telah diberi kelulusan untuk kegunaan kecemasan di seluruh dunia manakala sebanyak 175 vaksin berpotensi dalam fasa penghasilan praklinikal.

Ujian klinikal berskala besar oleh Johnson & Johnson (J&J) baru-baru ini pula menunjukkan keputusan positif dengan hanya menggunakan satu dos suntikan.

Kebanyakan negara masih bergelut dalam membendung wabak ini dengan masih mengekalkan sekatan sempadan dan pelbagai undang-undang dibuat dan diperketat untuk menghalang penularan wabak ini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA