HalalXPlorer Logo
nasken coffee alternatif jika anda boikot starbucks boycott palestine
15 December 2023

Kenali Nasken Coffee, Kafe Jenama Tempatan Yang Boleh Jadi Pengganti Kepada Starbucks Buat Anda !

Kongsikan:

Orang Malaysia kalau nak ‘mengopi’ tapi tak nak menyokong jenama luar negara dan ingin memboikot satu jenama S****b***** sudah tidak susah lagi sekarang. Dengan adanya pelbagai pilihan jenama  yang muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, warga Malaysia kini tiada masalah lagi untuk nikmati kopi di kafe tak kira siang atau malam.

Salah satu kafe untuk menikmati kopi  Nasken Coffee yang diusahakan oleh 2 orang anak muda Kelantan, Mohd Nazif Bin Ab Aziz, 25 tahun merupakan Ketua Pegawai Eksekutif manakala Mohd Hairi Bin Mat Isa, 34 tahun sebagai Ketua Pegawai Operasi. Orang Pantai Timur confirm tahu jenama ni ! Mana tidaknya, kafe ini sudah memiliki 12 cawangan di Kelantan dan 3 cawangan di KTCC, Terengganu.

Selain pelbagai aneka kopi, Nasken Coffee turut menyediakan juadah lain seperti makanan western dan pelbagai jenis kek yang menjadikan restoran ini destinasi pilihan untuk penduduk setempat.

Sejarah Nasken Coffee bermula apabila Mohd Nazif mengajak rakan baiknya Mohd Hairi untuk membuka kedai kopi di Pasir Tumboh pada 27 Disember 2019 memandangkan pada waktu itu, kedai kopi hanya di sekitar Kota Bharu menyebabkan mereka yang tinggal di luar Kota Bharu sukar untuk mendapatkan kopi. Kemudian atas permintaan ramai, mereka membuka cawangan seterusnya di Tanah Merah pada 27 Julai 2020 dan cawangan ke 10 pada 31 Disember 2020 di TROIKA, Kota Bharu.

Nasken Coffee cawangan Troika juga pernah mendapat kunjungan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi.

Dalam lawatan rasmi tersebut, beliau juga sempat menunjukkan bakat sebagai seorang barista dengan membuat latte art hasil air tangannya sendiri. Beliau juga sangat menyokong kesungguhan usahawan muda yang cekal berbisnes terutamanya pada waktu-waktu sukar kini.

Malah pada masa yang sama, beliau turut mengesyorkan supaya Nasken Coffee mengembangkan lagi perniagaan melalui sistem francais untuk memperluaskan lagi nama jenama mereka.

Keenakan kopi serta aneka hidangan daripada Nasken Coffee juga membuatkan jenama ini mendapat sambutan ramai. Kini, jenama kopi kebanggaan Kelantan ini telah mempunyai 25 cawangan di beberapa buah negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Semoga Nasken Coffee terus maju dan menjadi local brand yang mampu menyaingi jenama antarabangsa serta memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia umumnya.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA