Sebut sahaja bandar pelancongan di Negeri Sembilan, pasti ramai terus terfikirkan Port Dickson kan disebabkan pantainya yang meriah, deretan resort-resort mewah.
Selain itu, ada juga Muzium Tentera Darat, Ladang Burung Unta, Muzium Lukut, Blue Lagoon dan pelbagai lagi.
Tapi, ada satu tempat pelancongan dan menarik di Port Dickson yang tak ramai tahu, sedangkan tempatnya menarik, bersih dan percuma ! Sesuai bawa anak-anak ke sini.
Galeri Pusat Ikan Hiasan marin
Selepas ini kalau datang ke Port Dickson, jangan lupa melawat Galeri Pusat Ikan Hiasan Marin di bawah seliaan Jabatan Perikanan Malaysia berhampiran Telok Kemang.
Dibuka kepada awam sejak Oktober 2021, terdapat kira-kira 90 jenis hidupan air masin dipamerkan termasuk penyu.
Masuk adalah percuma. Waktu operasi 10 pagi - 4.30petang. Jumaat tutup semasa waktu solat Jumaat.
Singgah sini, boleh bersantai sambil mengamati keindahan & kecantikan di sekitar kawasan bangunan. Jangan lupa juga untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan ikan/karang/penyu.
Alamat
Galeri Pusat Ikan Hiasan Marin Port Dickson, Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan