Salah satu surga makanan bagi rakyat Malaysia disebabkan rasanya yang enak, kena pada selera dan juga harga yang berpatutan adalah makanan jalanan di Thailand.
Tak hairanlah memang ramai rakyat Malaysia pergi melancong ke Thailand semata-mata untuk Food Hunting.
Tambah-tambah lagi di bahagian Selatan Thailand seperti Bandar Hat Yai yang mempunyai populasi Muslim yang tinggi membuatkan begitu banyak makanan jalanan yang halal senang dijumpai.
Tapi, nak pergi ke Selatan Thailand, dengar-dengar cerita macam sekarang tengah bergelora sikit. Nak pergi ke Bangkok ibu negara Thailand pula terlalu jauh. Jadi, waktu sekarang ni baik cari alternatif lain.
Banngkok Street Food
Kalau orang KL rindu suasana Hat Yai tu, boleh cuba Restoran Banngkok Street Food di Platinum Walk, Setapak.
Paling best adalah suasana di restoran ini benar-benar menampilkan elemen asli gerai-gerai jalanan di Thailand. Memang dapat feel lah orang kata.
Khabarnya, perniagaan ini diusahakan oleh tujuh beradik dari Thailand yang terpisah hampir sedekad sejak umur tujuh tahun.
Pelbagai makanan jalanan asli Thailand anda boleh jumpa disini, tak sama macam kedai akak tomyam biasa tu tau. Disini menu dihidangkan betul-betul makanan jalanan seperti Boat Noodle.
Alamat
Banngkok Street Food, Platinum Walk, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi
3PM-12AM (Setiap Hari)