Kalau bercakap mengenai salah satu menu makanan Malaysia yang digemari oleh semua tanpa mengira bangsa, sudah pasti jawapannya adalah Nasi Lemak.
Walaupun selalunya nasi lemak ini banyak dijual pada waktu pagi sahaja, tetapi kadang-kadang ada juga mood kita nak makan nasi lemak pagi sampai ke malam. Tak banyak tempat menjual nasi lemak pada petang dan malam. Hanya ada beberapa jer.
Restoran Sambal Warisan Opah USJ 9
Kalau kami, port nasi lemak petang/malam yang menjadi pilihan adalah Restoran Sambal Warisan Opah di USJ 9.
Mana tidaknya, nasi lemak disini sangat sedap dan telah siap dibungkus. Setiap bungkus dijual hanya RM1 !
Kadang-kadang niat nak makan malam sikit je, tapi bila datang sini berbungkus-bungkus nasi lemak diambilnya.
Sambal nasi lemak sedia ada dah sedap dah, tapi lagi best bila kita tambah lagi macam-macam lauk pilihan bermula daripada goreng sehingga berkuah, ikut selera masing-masing.
Memang berbungkus-bungkus ler makan nasi lemak dengan lauk kesukaan. Silap-silap yang jenis tak kuat makan pun boleh 4 bungkus.
Kalau nak datang sini, mereka mula buka pada jam 3 petang sehingga jam 3 pagi.
Alamat
Restoran Sambal Warisan Opah, 2-1, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor