Lacrista Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Avillion Legacy. Diberi nafas baru serta design yang menarik dan cantik bertemakan klasik eropah. Sesuai untuk korang yang suka OOTD
Lacrista Hotel Melaka bertaraf 4 bintang ini terletak di lokasi yang strategik dan menyediakan akses mudah ke pelbagai tarikan menarik di sekitar Bandaraya Melaka.
Sebagai contoh, hotel ini terletak berdekatan dengan pasar malam Jonker Street, kira-kira 12 minit sahaja jika anda berjalan kaki.
Selain itu, tarikan pelancongan lain seperti River Cruise, Kampung Morten juga terletak berdekatan hotel ini. Jika anda perlu menaiki penerbangan, Lapangan terbang Batu Berendam boleh dikunjungi dengan kereta dalam masa 10 minit.
Lacrista Hotel Melaka menyajikan sarapan antarabangsa. Restoran Coffee House menawarkan pilihan hidangan Asia yang lazat.
Tempahan
Untuk menempah penginapan di Hotel LaCrista Melaka, klik pautan ini