Pernah tak ada terbayang bangun tidur dengan suasana hening, dingin dan melihat pemandangan majestik Gunung Kinabalu di hadapan mata ?

Photo Credit (IG): @azihuhu.ceoAnda boleh realisasikan impian anda di Tullynaw Glamping yang terletak di Kota Belud, Sabah ! Khemah bagi 'glamping' disini diletakkan di lereng bukit, dikelilingi alam semula jadi dan menghadap terus ke Gunung Kinabalu.

Photo Credit (IG): @adhanizmiKedudukan geografinya yang terletak tinggi di atas bukit membuatkan suhu disini dingin, suasananya damai jauh dari hiruk pikuk kota dan bunyi kenderaan.

Pada waktu malam pula, tidur anda akan ditemani dengan gemerlipan ribuan bintang ! Mungkin itu akan menjadi malam paling indah buat anda.

Photo Credit (IG): @azihuhu.ceo2 Jenis Khemah Disediakan
Disini, terdapat 2 jenis khemah glamping yang lengkap dengan fasiliti dan perkakasan iaitu khemah Tulan dome yang boleh memuatkan 2 orang dengan 1 katil bersaiz Queen. Manakala khemah Tadau dome boleh memuatkan 4 orang. Ia dilengkpi dengan 1 katil bersaiz queen dan 2 katil bujang.

Photo Credit (IG): @hmbliadnnKedua-dua khemah ini dilengkapi dengan 'board games' , tandas dan peralatan memasak.
Kemudahan & Fasiliti
Anda tidak perlu risau tentang tempat letak kenderaan kerana mereka menyediakannya secara percuma. Bagi perkhidmatan internet, mereka mempunyai signal internet yang cukup laju.

Photo Credit (IG): @jinnius_burzWalaupun terletak jauh dari bandar namun anda masih boleh bersosial di alam maya. Bagaimanapun, kami nasihatkan anda rehatkan diri sebentar dari media sosial dan nikmati keindahan alam disekeliling.

Photo Credit (IG): @oday_jAntara kemudahan lain yang disediakan adalah kawasan memasak, peralatan bagi BBQ, dan juga 'patio' untuk anda melihat pemandangan.

Photo Credit (IG): @azihuhu.ceoHarga
Tulan Dome - RM230 per malam
Tadau Dome - RM330 per malam
Lokasi
Tullynaw Glamping , Pekan Nabalu, 89150 Kota Belud, Sabah

