Menara Berkembar Petronas adalah salah satu ikon Malaysia. Ramai orang luar mengenali negara kita disebabkan bangunan mercu yang ikonik ini. Tapi, ramai orang Malaysia pula tak pernah lagi pun naik Menara ini. Alasannya, mahal.
Tapi tahu tak, sempena ulang tahun ke-49 Petronas, warga Malaysia yang lahir pada Ogos berpeluang untuk melawat Menara Berkembar Petronas secara percuma !
Tawaran itu terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket.
Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas, namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilih dengan konsep 'siapa cepat dia dapat'
Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Obervation Deck di menara berkenaan.
Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini.