Industri pelancongan Halal semakin berkembang di seluruh dunia termasuk Malaysia yang mana agama rasminya adalah agama Islam
Kalau ke Melaka, anda mungkin boleh utamakan hotel-hotel dalam senarai ini yang telah mendapat pengiktirafan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Hotel lain bukannya tak halal, insyaAllah halal juga tapi kita sokong dan utamakan hotel-hotel ini sebab ada usaha dapatkan sijil pengesahan untuk pelancong Muslim.
Proses dan kosnya bukan mudah ya. Bila mereka dapat pengiktirafan dari badan autoriti, bermakna mereka benar-benar menjaga prosedur dan kualiti bermula dari pembekal, dapur sehingga ke meja makan.
Biasalah, kita sebagai pengguna bukannya ada kuasa untuk menyemak satu persatu status halal bahan-bahan yang digunakan jadi kepada badan autoriti lah kita serahkan tanggungjawab tersebut dan kita yakin mereka telah menunaikan amanah yang diberi. Ini senarai hotelnya ya !