Ramai nak travel, tetapi memikirkan berkenaan kos untuk travel boleh pening juga kepalanya. Antara perkara yang memakan kos paling tinggi untuk travel kebiasannya adalah dari segi pengangkutan.
Apatah lagi, jika destinasi yang nak dikunjungi terletak jauh dari tanah air. Mungkin, 30-40% daripada kos keseluruhan travel kita adalah untuk pengangkutan.
Sebab itu, makin ramai mencari tips untuk berjimat cermat dalam soal pengangkutan. Salah satu caranya adalah mendapatkan tiket penerbangan paling murah. Tapi, bagaimana caranya ?
Menurut laman web Skyscanner, waktu terbaik untuk menempah tiket penerbangan adalah pada jam 5 pagi, tak kisah hari apa pun. Bila anda free lah kan. Tapi, kalau nak jimat extra lagi, disarankan untuk membeli tiket pada hari selasa untuk penerbangan domestik dan pada hari rabu untuk penerbangan antarabangsa.
Selain daripada hari dan masa yang disebutkan tadi, bulan terbaik untuk membuat tempahan tiket bagi penerbangan domestik adalah pada bulan Januari, Februari dan juga pada Ogos.
Waktu tempahan pada bulan April dan Oktober pula adalah bulan yang amat sesuai bagi penerbangan antarabangsa.
Jika waktu-waktu tersebut dah terlepas pun tak apa. Ada lagi satu cara untuk dapatkan tiket murah, pastikan tiket penerbangan anda dibeli awal !
Kalau nak pergi ke destinasi antarabangsa, pastikan anda membeli tiket penerbangan pada waktu lima hingga enam bulan lebih awal daripada tarikh berlepas.
Kalau penerbangan domestik pula, anda perlu membeli tiket sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu lebih awal berbanding tarikh penerbangan.
Jadi, jangan tunggu lagi. Rancang percutian anda lebih awal supaya anda dapat mengurangkan kos membeli tiket penerbangan. Dengan langkah yang kami kongsikan ini, diharap anda dapat menjadikan percutian anda lebih berbaloi !