HalalXPlorer Logo
airasia kuching kota kinabalu penang
31 March 2024

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

Kongsikan:

AirAsia meraikan penyambungan semula laluan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu dalam usaha untuk memperkukuh komitmen perkhidmatan di Sarawak dan Sabah.

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

AirAsia bersama-sama dengan Nurul Ain Mohammed Yunus, Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak menyambut ketibaan penerbangan AK5432 dari Pulau Pinang ke Kuching dengan muatan lebih daripada 80 peratus, menandakan potensi pertumbuhan masa depan yang kukuh antara laluan-laluan ini.

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati untuk memperluas rangkaian penerbangan dalam negara dan pada masa yang sama meningkatkan tawaran destinasi di hab Sarawak dan Sabah. Sebagai sebuah syarikat penerbangan tempatan, penyambungan semula laluan-laluan ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

Dengan menghubungkan semula laluan-laluan ini, kami berhasrat untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi perjalanan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu sambil terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan dalam negara. Kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai tetamu pada laluan-laluan ini dan terus memperluas rangkaian domestik pada masa hadapan.”

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

Pengarah Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus berkata: “Penyambungan semula laluan ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkasakan sektor pelancongan antara Pulau Pinang dan Sarawak. Melalui laluan ini, kami menjangka impak positif terhadap pertumbuhan pelancongan negeri. Berikutan profil pelancong yang pelbagai dari Pulau Pinang, kami berharap dapat terus mempromosikan kepelbagaian warisan budaya, landskap semula jadi menakjubkan dan pengalaman pengembaraan unik di Sarawak. Penyambungan semula laluan ini membuka peluang untuk kami menarik lebih ramai pelancong dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.”

Jadual penerbangan antara Kuching (KCH) dan Pulau Pinang (PEN):

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

Jadual penerbangan antara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang (PEN):

AirAsia rai penyambungan laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA